Bermula di China, siapa sangka wabak pandemik COVID-19 ini akan tular ke seluruh dunia. Malah, disebabkan penularan wabak tersebut, sektor ekonomi banyak terjejas.

Lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan di Malaysia dan kini beberapa negeri dikenakan PKPB membuatkan lebih banyak bisnes berdepan dengan kerugian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, kesemua pawagam di Malaysia akan ditutup sementara mulai 2 November 2020 sehingga hujung bulan November. Perkara tersebut telah diumumkan oleh dua pawagam terbesar Malaysia, GSC dan juga TGV.

Keputusan penutupan itu diambil bagi memastikan pawagam tidak mengalami kerugian besar dan bagi memastikan pawagam mampu untuk diteruskan pada masa akan datang.

Menurut The Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE), penutupan tersebut juga disebabkan oleh kekurangan tayangan filem baru kerana ditangguhkan tarikh tayangan.Walaupun ini satu keputusan yang sukar tetapi ini adalah keputusan yang harus diambil ketika ini.

Tahukah anda bahawa MBO juga akan tutup operasi? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Berdepan Kerugian Disebabkan COVID-19, MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi?

Diambang Kejatuhan, Netizen Sedih Dan Mahu Kerajaan Pertahankan Malaysia Airlines

Netizen Sedih Hotel Puteri Pacific Di Johor Bahru Bakal Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi