Sejak akhir-akhir ini isu melibatkan kompaun kepada individu yang melanggar SOP kembali panas dan menjadi bualan netizen. Jika sebelum ini terdapat peniaga burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 gara-gara masih membuka gerai selepas jam 10 malam, situasi yang hampir sama turut terjadi kepada peniaga kedai runcit ini.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Mansah Marjurin selaku peniaga kedai runcit di Kota Bharu ini meluahkan kekesalan selepas dikompaun RM50,000 meskipun sudah menutup kedainya pada jam 10 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan premisnya sudah ditutup mengikut waktu yang ditetapkan walau bagaimanapun terdapat saudara isterinya yang datang pada ketika itu di mana mereka saling berborak. Pintu kecil yang dibuka untuk anak-anaknya keluar masuk menjadi isu buat pihak polis untuk mendakwa beliau tidak mengikut SOP waktu operasi premis.

Mengulas mengenai kompaun RM50,000 yang dikenakan, beliau mengakui tidak mempunyai wang untuk membayar kompaun serta rela untuk memberikan kedai runcitnya sebagai ganti.

Lebih menyayat hati, rumahnya yang didiami keluarganya juga sudah tertunggak tujuh bulan manakala keretanya pula telah ditarik pihak bank sejak PKP berlangsung.

Beliau juga turut mengakui masih lagi dalam keadaan terkejut dengan jumlah kompaun yang diterima serta bakal tampil membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam masa terdekat.

Dimaklumkan isu ini sudah mendapat perhatian Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang memaklumkan pihaknya telah mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini.

Tular pada minggu ini apabila pihak polis memaklumkan sedia menyiasat rumah yang mempunyai jumlah selipar yang banyak sewaktu sambutan Aidilfitri.

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri

Gara-Gara Berniaga Di Hadapan Rumah Lebih Satu Jam, Peniaga Di Kelantan Dikompaun RM50,000

Sumber