Saat ini, ramai yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 sehinggakan hilang punca pendapatan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @anne_nma telah berkongsi kisah sedih di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu. Ketika Maidatul menunggu di ruangan menunggu, beliau menyaksikan situasi dimana seorang wanita tidak mampu membayar bil ubat anaknya.

Menurutnya, wanita itu telah menunjukkan kad bantuan perubatan tetapi kad tersebut tidak diterima di pusat perubatan tersebut. Lalu, wanita itu mengatakan tidak mahu mengambil ubat dan seperti mahu bergegas keluar bersama suami dan bayinya.

Melihat situasi tersebut, pekerja di bahagian farmasi pusat perubatan itu memanggil wanita itu dan membantu melunaskan bayaran ubatan untuk bayi wanita terbabit.

Tidak putus-putus ucapan terima kasih dari mulut wanita itu kepada pekerja di bahagian farmasi tersebut. Selepas itu, Maidatul yang mahu membayar kos perubatan ayahnya mahu melunaskan bayaran wanita tersebut tetapi bayaran telah dilangsaikan oleh petugas pusat perubatan itu.

Kisah wanita tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih serta simpati terhadap nasib wanita dengan bayinya. Malah, para netizen memuji tindakan petugas pusat perubatan itu yang sanggup membantu dengan mengeluarkan wangnya sendiri.

Rata-rata netizen juga berharap jika terjumpa orang yang memerlukan dapat memberikan bantuan yang sewajarnya. Saat artikel ini ditulis, kisah wanita ini telah meraih lebih 18 ribu retweet.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Meriah Tawar Menawar, Netizen Terkejut Wujud ‘Group Tukar Pasangan Suami Isteri’ Di Facebook

Sanggup Berbasikal Hampir Tiga Kilometer, Rider OKU Ini Nampaknya Sekadar Menjadi Mangsa ‘Scam’

Sumber