Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular sejak semalam apabila dua pelakon tempatan iaitu Farid Kamil dan Boy Iman yang sebelum ini menerima gelaran Datuk dari Kerajaan Pahang telah ditarik balik bermula 1 Februari.

penarikan balik darjah kebesaran iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang diberikan ini nyata turut menarik perhatian netizen dalam mengulas mengenai punca yang berlaku terhadap dua pelakon ini.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Disangka penarikan gelaran ini diterima dengan hati yang terbuka seperti yang dibuat Farid Kamil, Boy Iman nyata bertindak sebaliknya apabila beliau memilih untuk mempersoalkan tindakan yang dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Sumber: Facebook Dato BOY Iman

Menurut Boy Iman atau nama lengkapnya, Norul Iman Abdul Rahman, beliau menyatakan rasa tidak puas hati beliau selepas masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung kes penarikan balik gelaran Datuk yang diberikan sebelum ini.

Tambahnya lagi, beliau cuma mengetahui gelaran Datuk ditarik balik selepas pihak media menghubungi beliau untuk maklum balas.

Meskipun tidak kecewa namun beliau mengakui terkejut dengan berita yang diterima. Beliau juga turut mempersoalkan tidak dibuat yang disifatkan sebagai tidak melambangkan kredibiliti atau protokol yang tepat.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

WhatsApp-Image-2021-01-06-at-7.55.30-PM

Sumber: Utusan

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” ujarnya kepada media Kosmo.

Sebelum ini, Boy Iman menjadi buah mulut orang ramai apabila mendakwa menerima PhD dari International University. Beliau juga dikatakan turut aktif menjalankan perniagaan hartanah menerusi DBI Properties.

Ikuti juga penjelasan Farid Kamil yang akur dan redha dengan keputusan yang dibuat Istana Pahang selepas gelaran beliau ditarik.

Farid Kamil Akur, Terima Keputusan Istana Pahang Tarik Balik Gelaran

Gelaran Datuk Farid Kamil Dan Boy Iman Ditarik Balik Sultan Pahang, Berkuatkuasa 1 Februari

Anda Mungkin Suka