Nampak ini satu inisiatif baik yang boleh dicontohi oleh para syarikat lain di luar sana. Satu syarikat di Jepun, Piala Inc akan beri pekerjanya cuti tahunan lebih sebanyak 6 hari untuk pekerjanya yang tidak merokok.

Syarikat itu memperkenalkan elaun paid leave kepada pekerja yang tidak merokok. Ianya satu inisiatif syarikat itu supaya para pekerja hidup lebih sihat dan memberi keadilan buat pekerja yang tidak merokok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana ini semua bermula untuk syarikat ini? Syarikat ini terletak di tingkat 29 dan sesiapa yang mahu menghisap rokok, perlu turun ke kawasan basement. Ianya akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk setiap sesi merokok. Pekerja di Piala Inc yang tidak merokok menganggap mereka bekerja lebih keras daripada pekerja yang merokok. Kalau 15 minit sehari, dalam sebulan dah berapa lama masa yang diambil untuk merokok?

smoking post

Setelah membuat siasatan, CEO Piala Inc, Takao Asuka bersetuju dengan polisi itu. Banyak syarikat Jepun menggalakkan pekerja mereka untuk berhenti merokok terutamanya dengan acara Sukan Olimpik Jepun 2020 yang semakin hampir.

Jepun memang sangat mementingkan masa dan walaupun 15 minit, ianya sangat bermakna buat mereka. Kalau anda pula, berapa lama masa yang anda ambil untuk setiap waktu merokok? Bagus juga jika selepas ini lebih banyak syarikat menawarkan inisiatif seperti ini buat pekerja yang tidak merokok.