Pendakwah Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan pada 18 Februari lalu, termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Susulan itu, Firdaus Wong iaitu Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) tampil menjadi saksi untuk kali kedua bagi kes perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew yang berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom Sabah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan, Firdaus menyatakan dia tidak mengetahui sama ada ‘pengadu’ ada menghantar foto lucah kepada Ebit Lew atau tidak ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahid Zakaria pada sesi pemeriksaan semula kes gangguan seksual Ebit Lew.

Malah, individu tersebut tidak pernah memberitahunya dan dia juga tidak pernah bertanya mengenai perkara terbabit serta itu pertama kali dia melihat gambar itu.

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kumpulan WhatsApp ‘NOBODY’ yang diwujudkannya itu sudah tidak aktif selepas semua aduan mangsa sudah dikendali oleh pihak polis.