Ketika ini, orang ramai telah dibenarkan untuk makan di restoran tetapi terhad dua orang sahaja di satu meja yang sama.

Terbaharu, 10 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam. Menurut laporan, 10 individu tersebut yang berusia 18 hingga 22 itu didapati makan di satu meja yang sama sedangkan hanya dua orang dibenarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya ke restoran berkenaan pada 9.25 malam selepas mendapat maklumat berkaitan pelanggan restoran melanggar SOP yang telah ditetapkan. Lantaran itu, kompaun dikeluarkan ke atas 10 individu tersebut.

Tambahnya lagi, pengurus restoran tersebut iaitu seorang lelaki warga Bangladesh turut ditahan kerana tiada permit kerja yang sah. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga mengesahkan premis berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah.

Pemilik restoran berkenaan yang berada di Port Dickson, Negeri Sembilan juga sudah diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan isu semasa pada pautan di bawah ini.

Mahu Yakinkan Rakyat, MB Kedah Tawar Diri Jadi Orang Pertama Terima Vaksin COVID-19

Angkara Curi Telefon Di MAEPS, Dua Pesakit COVID-19 Diberkas Pihak Polis

Dikompaun RM1,000 Sewaktu COD, Lelaki Ini Jelaskan Isu Surat Saman Yang Sedang Tular

Sumber