Beberapa hari yang lalu, satu sidang media khas Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan bahawa kini orang ramai dibenarkan untuk makan di dalam restoran namun terhad pada dua orang semeja.

Terbaharu, pasangan selebriti, pelawak serta penyanyi terkenal, Shahmira Mohamad atau Shuib bersama isterinya Siti Sarah Raissuddin dan dua lagi individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran di Kuala Lipis semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan, pasangan selebriti berkenaan difahamkan singgah sebentar untuk makan di restoran berkenaan pada sekitar jam 9.00 malam semalam sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Kelantan.

Sebaik tiba di sana, pasangan selebriti bersama dua individu lagi didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa makan dan duduk melebihi dua orang di satu meja makan di dalam restoran berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pasangan selebriti berkenaan dikompaun atas kesalahan tidak mengamalkan etika penjarakan sosial dan duduk melebihi dua orang di satu meja makan yang sama.

“Turut tidak terkecuali, pemilik restoran juga dikompaun kerana membenarkan pelanggan duduk dan makan melebihi dua orang di satu meja.

“Kompaun tersebut dikenakan atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelas Azli ketika dihubungi oleh wartawan Utusan Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita semua dapat memutuskan rantaian penyakit yang berbahaya ini.

Baca lagi artikel mengenai 10 individu dikompaun gara-gara tidak patuh SOP dan makan semeja di Shah Alam menerusi pautan di bawah.

Tidak Patuh SOP, 10 Individu Makan Semeja Di Shah Alam Dikenakan Kompaun

Gagal Kemukakan Dokumen, Dua Lelaki Dikenakan Kompaun Selepas Cuba Merentas Negeri