Nota editor: Catatan asal kisah ini telah ditulis oleh Prof. Dr. Abd Majid Mohd Isa di laman Facebook beliau. Kami Vocket menerbitkan semula catatan ini dengan izin beliau. Kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada Tuan Puan dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. Semoga bermanfaat.

30 Jun 2015, Facebook Prof. Dr. Abd Majid Mohd Isa

The Art of Creative Thinking:

Ketika di Abu Dhabi dalam perjalanan ke Jordan saya membeli buku The Art of Creative Thinking oleh Rod Judkins terbitan 2015.

Saya ingin berkongsi satu bab iaitu ‘don’t think about what others think about’.

Seorang astrophysicist bernama Subrahmanyan Chandrasekhar telah diminta mengajar astrophysics di planetarium Universiti Chicago 80 batu dari kampus induk. Dia bersemangat untuk mengajar dan membuat persediaan rapi.

Malangnya semasa kelas pertama hanya 2 orang pelajar yang mendaftar dan beliau ditertawakan kerana pada masa itu populariti profesor adalah diukur dari jumlah pelajar yang mendaftar. Ramai yang menjangka beliau akan membatalkan kelas itu kerana beliau terpaksa berulang alik 160 batu seminggu untuk mengajar 2 orang pelajar. Jangkaan itu meleset kerana beliau terus mengajar dengan tekun.

Chandrasekhar tidak patah semangat dan terus tekun mengajar tanpa mempedulikan apa yang orang kata. Pelajarnya juga amat berminat dengan pengajarannya. Akhirnya, kedua-dua pelajarnya mendapat Hadiah Nobel.

Jika Chandrasekhar mengambil peduli komen orang tentang bilangan pelajar dalam kelasnya dan mengikut arus persepsi popular ketika itu, beliau tidaklah mencipta rekod dimana 100% dalam kelasnya memenangi Hadiah Nobel.

Chandrasekhar juga memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1983 dan beliau ialah pelopor kepada teori ‘black holes’.

Mungkin pentadbir universiti di Malaysia seperti sahabat saya Tan Sri Nordin Kardi boleh mengambil iktibar ini dalam melahirkan Nobel Laurette.

Video tentang Prof. Dr. Subrahmanyan Chandrasekhar:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤