Semalam kita dikejutkan dengan perkongsian berita geng basikal bergambar di roundabout Elmina. Kali ini, muncul pula perkongsian kekecewaan pengguna jalanraya dengan penunggang basikal di jalan raya.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Tembikai Mawar di group Info Warga Hulu Langat, beliau berkongsi sikap penunggang basikal yang menurutnya ‘tidak bertamadun’ di Hulu Langat.

Apa yang menyedihkan, sikap penunggang basikal yang mementingkan diri menyusahkan para pengguna jalan raya yang lain. Mana tidaknya, kawasan sempit yang tidak sesak menjadi sesak dan menyebabkan pengguna lain susah untuk memotong disebabkan terlalu ramai penunggang dalam satu baris.

Group fb Hulu Langat tengah kecoh pasal geng 'hobi-kami-mahal' yang masuk kawasan beriadah, tapi dah mula memandai buat…

Posted by Mohamad Jamalee on Sunday, December 6, 2020

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata telah menyuarakan pendapat mereka berkaitan isu tersebut terutama penduduk tempatan.  Walaupun para penunggang basikal ini mahu ke tempat rekreasi di Hulu Langat, sewajarnya mereka beradab dan menggunakan laluan sepatutnya serta menghormati pengguna jalanraya yang lain.

Malah, tempat letak basikal berbayar turut disediakan tetapi masih ada geng basikal ini meletakkan basikal di laman-laman rumah penduduk yang mungkin tidak senang dengan keadaan itu.

Pasal phone saya dah tak berhenti dari tadi, semua rakan Basikal PM saya tanya apa cita Langat, saya mengambil sedikit…

Posted by Danial Mazalan on Sunday, December 6, 2020

Bukan itu sahaja, bagi anda iaitu penunggang basikal yang ditemani ‘support car’, anda tidak perlu minta kereta tersebut ikut anda dari belakang. Pastinya kesesakan luar biasa akan berlaku dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

Isu ini sentiasa berbangkit di mana-mana sahaja sejak ‘trend’ berbasikal kembali. Mungkin pihak kementerian perlu memandang serius perkara ini dan melaksanakan undang-undang untuk keselamatan pengguna jalanraya. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan geng basikal pada pautan di bawah ini.

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal

Netizen Luah Kekecewaan Selepas Melihat Gambar Bersama Basikal Di Atas Pokok Ini

‘Mengalah Sahaja Daripada Binasa’- Pelari Ini Kongsi Pesanan Buat Geng Basikal Yang Masih Degil

Anda Mungkin Suka