Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dengan menonton drama bersiri dan juga filem di kaca TV dan platform lain seperti Netflix.

Sebuah drama siri 911: Lone Star di HBO menjadi buah mulut netizen baru-baru ini. Difahamkan kerana tular adegan dalam drama siri tersebut yang memaparkan watak perempuan iaitu Marjan yang sedang solat tetapi caranya salah.

Untuk pengetahuan anda, drama siri 911: Lone Star adalah sebuah drama yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli bomba yang bekerja untuk menyelamatkan nyawa orang ramai di samping menyelesaikan masalah peribadi masing-masing.

Apa yang menjadi tumpuan ramai apabila ada watak wanita yang beragama Islam ditonjolkan dalam drama tersebut. Watak Marjan Marwani yang dilakonkan oleh Natacha Karam, merupakan seorang wanita beragama Islam bekerja sebagai ahli bomba tetapi berdepan dengan stigma masyarakat.

Berikutan itu, rata-rata netizen mengkritik drama bersiri tersebut kerana tidak membuat ‘research’ akan cara solat orang Islam terlebih dahulu. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa perkara tersebut dilakukan dengan sengaja untuk cipta kontroversi.

Seharusnya pihak produksi melakukan ‘research’ terlebih dahulu dan apa pula pandangan anda mengenai isu tersebut?

Sebelum ini, drama siri Netflix Messiah telah mendapat kritikan daripada ramai pihak. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Dakwa Siri Baharu Netflix Ini Mahu Beri Imej Buruk Kepada Imam Mahdi

Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan

Sumber