HUAWEI baru-baru ini melancarkan tablet terbarunya, HUAWEI MatePad yang bakal tiba di Malaysia pada 9 September 2020. Boleh didapati dalam warna Midnight Grey dengan hanya RM1,399, ia dilengkapi dengan papan kekunci percuma* dan barangan percuma* lain yang bernilai sehingga RM500.**

Jadi, mengapa tablet ini boleh jadi pelengkap hidup anda? Ini adalah 6 sebab kenapa HUAWEI MatePad merupakan tablet serba boleh yang akan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

1. Rasai pengalaman hiburan terbaik

Ramai antara kita lebih gemar menonton siri Netflix kegemaran melalui skrin lebih besar di rumah sambil ditemani bantal yang selesa. Atau mungkin anda lagi suka belajar tarian baru di YouTube untuk persembahan yang bakal tiba.

Tidak kisah bila dan bagaimana anda memilih untuk berhibur, anda pasti memerlukan tablet inovatif yang dapat memberi semua yang diperlukan. Dengan HUAWEI MatePad, anda mampu untuk dapat semua.

Dengan pengalaman audio premium, HUAWEI MatePad menyokong Histen 6.0 untuk memberikan kesan bunyi stereo 3D. Bunyi dari muzik dan filem akan terdengar lebih mendalam daripada sebelumnya dengan empat pembesar suara amplitud tinggi yang menampilkan reka bentuk yang inovatif.

Paling menawan, Harman Kardon akan menghasilkan semula suara yang paling rumit dengan kejelasan yang sempurna untuk memberikan pengalaman audio sinematik seperti teater rumah.

2. Tingkatkan produktiviti Anda

Pernah tak anda rasa leceh bila kena buka dan tutup tab berulang kali untuk melihat beberapa aplikasi yang berbeza? Atau mungkin anda terpaksa menulis beberapa nota di tablet sambil melihat WhatsApp dari rakan sekerja anda. Semua ini akan lebih mudah dan akan membuatkan tugasan anda lagi cekap dengan adanya ciri Multi-Window.

Ciri ini membolehkan dua aplikasi dibuka secara serentak dan yang terbaik ialah, aplikasi tersebut juga dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk kecekapan multitasking yang maksima. Pesanan ringkas juga dapat dibalas melalui Floating Window di mana overlay akan muncul di atas aplikasi aktif, yang memungkinkan pengguna untuk melakukan tugas-tugas sederhana tanpa menutup aplikasi aktif yang lain.

Kami juga tidak bergurau tentang HUAWEI MatePad baru ini akan menjadikan hidup anda lebih pintar. Beroperasi menggunakan EMUI 10.1, ia juga dilengkapi dengan Multi-screen Collaboration yang membolehkan pengguna menyambungkan telefon pintar HUAWEI ke tablet dan menggunakan dua peranti dengan lancar pada satu paparan. Panggilan dan pesanan teks di telefon pintar juga dapat dijawab melalui tablet.

Jadi, anda tak perlu turun dari tempat tidur lagi ketika menikmati filem kegemaran anda semata-mata untuk membalas pesanan ringkas rakan semasa mengecas telefon pintar di ruang tamu.

3. Berhubung & berseronok dengan norma baharu

Kita sekarang hidup dalam norma baharu di mana penjarakan fizikal dan panggilan video adalah salah satu daripada cara untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga. Tapi, bagaimana kita mahu jadikan panggilan video lebih bermakna dan menarik?

HUAWEI MatePad dilengkapi dengan HUAWEI MeeTime yang menyokong panggilan video berkualiti tinggi hingga 1080p antara dua peranti HUAWEI. Hanya “MeeTime” rakan anda dan hidupkan perkongsian skrin untuk berkongsi tentang pakaian mana yang akan dibeli bersama dalam talian.

Kalau anda jenis yang tak duduk diam ketika MeeTime, tablet ini mempunyai ciri baru bernama FollowCam yang memanfaatkan kamera depan sudut lebar 8MP untuk mengesan subjek bergerak dan menyesuaikan sudut skrin secara intuitif. Di mana saja anda berada, FollowCam akan sentiasa menjadikan anda sebagai pusat perhatian.

Jadi, walaupun anda berjauhan dengan rakan atau keluarga, anda masih boleh menggunakan MeeTime untuk terus berhubung dan berseronok bersama.

4. Serlahkan kreativiti anda

Anda tahu tak sebenarnya kreativiti juga adalah kecerdasan? Sekarang masanya untuk anda serlahkan kreativiti menggunakan HUAWEI MatePad. Tablet ini direka khas buat jiwa kreatif kerana ia dilengkapi dengan papan kekunci dan boleh digunakan dengan HUAWEI M-Pencil yang dapat dibeli secara berasingan. Ini akan memudahkan anda mencatat nota dan menulis idea yang datang secara tiba-tiba.

HUAWEI M-Pencil mempunyai 4,096 tahap kepekaan untuk menulis idea anda agar dapat diterjemahkan dengan baik. Hujung pen dapat mengesan tekanan yang diberikan pengguna, menghasilkan garis ketebalan yang berbeza-beza. Yang lagi syok, HUAWEI M-Pencil juga berfungsi sebagai pen, berus lukisan, berus tulisan, atau penanda, bergantung kepada keperluannya.

Ia berinteraksi dengan perisian melukis untuk memberikan penggunaan serba boleh dalam mod stylus yang berbeza. Kalau anda seorang pelukis, HUAWEI MatePad juga berfungsi sebagai palet kosong di mana anda boleh menghidupkan karya seni anda.

5. Fungsi bijak untuk masa depan lebih baik

HUAWEI MatePad membolehkan anda belajar dalam masa yang sama bergembira pada bila-bila masa dan di mana saja. Untuk memberikan pengalaman yang selesa, HUAWEI MatePad baru dilengkapi dengan mod Eye Comfort yang dapat mengurangkan pelepasan cahaya biru pada paparan, serta mod eBook untuk mengurangkan keletihan mata jika anda membaca untuk jangka masa yang lama di tablet.

Apabila mod eBook diaktifkan, skrin akan menjadi hitam dan putih bagi memudah mata anda membaca. So, anda dah tak perlu bimbang kalau perlu berjaga malam untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan. Ciri ini akan membantu mengurangkan rasa tak selesa dan anda dapat menikmati pengalaman membaca yang selesa.

Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan Kids Corner yang menawarkan zon selamat dan terkawal bagi anak-anak untuk belajar dan berseronok dengan tablet. Pilihan parental control membolehkan ibu bapa mengurus kandungan dan aplikasi yang tersedia untuk anak-anak mereka dengan mudah, serta masa yang dapat diluangkan oleh anak-anak di peranti tersebut.

Untuk menggalakkan penggunaan peranti yang sihat, Kids Corner juga menyediakan mod pelindung mata seperti penapis cahaya biru, amaran postur, amaran jalan berbonggol, amaran kecerahan, amaran jarak jauh dan mod eBook bagi memastikan anak-anak menggunakan peranti dengan betul.

6. Lebih ganjaran, lebih seronok.

Tak ada yang lebih menyeronokkan daripada mendapat begitu banyak freebies* ketika anda membeli peranti baru. Untuk pengetahuan anda, pengguna yang membeli HUAWEI MatePad baru akan menerima papan kekunci percuma* dan barang percuma* lain yang bernilai sehingga RM500**.

free

Antara freebies* yang anda bakal terima ialah:

  • Papan kekunci
  • HUAWEI Video selama 3 bulan (saluran The Explorers & Qello Concerts)
  • HUAWEI Book (sah sehingga 31 Disember 2020)
  • HUAWEI Member Center Rewards
  • HUAWEI Cloud Storage sebanyak 15GB selama 12 bulan

Boleh didapati dalam warna Midnight Grey, kini anda boleh memiliki HUAWEI MatePad dengan hanya RM1,399 ditambah pula dengan freebies* yang kami senaraikan di atas. HUAWEI MatePad baru ini boleh didapati mulai 9 September di HUAWEI Store.

Kalau anda baru berjinak-jinak nak menggunakan tablet, bolehlah dapatkan HUAWEI MatePad T 10 baru yang akan dijual pada 9 September di HUAWEI 9.9 Super Sale dengan harga istimewa RM499**, selepas itu ia akan dijual pada harga RM799. Jadi, kenapa anda perlu berbelanja lebih? Pastikan anda tak terlepas tawaran hebat ini okay.

HUAWEI AppGallery – Lebih selamat, lebih banyak penyimpanan & lebih banyak ganjaran.

HUAWEI AppGallery kini mengandungi aplikasi yang kerap digunakan oleh rakyat Malaysia seperti WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Foodpanda, Maybank2u dan banyak lagi. Pengguna HUAWEI juga boleh mencari dan memuat turun lebih banyak aplikasi dari “Petal Search Widget” yang dipasang pada peranti mereka. AppGallery juga selamat dengan adanya empat lapisan perlindungan yang diperakui oleh standard industri tertinggi.

KV-BM

Memang tak dapat dinafikan HUAWEI MatePad ialah tablet yang akan melengkapkan kita kerana hidup pintar, tak perlu bayar lebih! Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HUAWEI MatePad baru ini bermula 9 September di HUAWEI Store berdekatan anda.

Untuk info lanjut, boleh lawati laman sesawang HUAWEI atau Facebook HUAWEI.