Akhirnya, individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 sudah tidak perlu menjalani kuarantin untuk berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi laluan udara.

Hal itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong semalam. Para pelancong hanya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di bawah laluan perjalanan vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam kenyataan tersebut, Perdana Menteri Malaysia dan Singapura mengakui COVID-19 mengganggu hubungan rakyat kedua-dua negara dan memisahkan banyak keluarga selama beberapa bulan.

Malah, Perdana Menteri Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menyambung perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara dengan cara yang selamat kerana kedua negara sudah mencapai kemajuan ketara dalam pemberian pelalian kepada penduduk masing-masing dan pengurusan wabak COVID-19.

Tahukah anda negara mana yang benarkan rakyat Malaysia melancong tanpa kuarantin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Sudah Boleh Ke Luar Negara, Ini 6 Destinasi Yang Sedia Terima Pelancong Malaysia Tanpa Perlu Kuarantin

5 Tip Dan Itinerari Travel 2 Hari 1 Malam Ke Singapura

Sumber