Bukan mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan itu dan pastinya memerlukan usaha serta wang ringgit pada peringkat awal. Memiliki idea kreatif untuk pasarkan produk juga sangat penting kerana itulah cara untuk orang ramai mengenali jenama kita.

Terbaharu, pengguna Twitter @ashrffanuar telah berkongsi gambar ayahnya meragakan koleksi merchandise miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan tidak perlu mengupah model tetapi hanya menggunakan ayahnya sebagai model untuk perniagaannya.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, beliau tampil dengan merchandise iaitu baju dan jaket berjenama Savage x Kritikal Co dan sudah mula dijual dipasaran. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan bahawa beliau kreatif kerana ketengahkan ayahnya sebagai model.

Malah, para netizen juga berasa kagum dengan hasil gambar yang dikongsikan dan memuji penampilan ayahnya yang kelihatan ‘cool’.

Buat anda yang baru mahu membuat bisnes, mungkin boleh jadikan diri sendiri sebagai model pula. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk anda berfikiran kreatif mengembangkan perniagaan anda.

Kami ingin kongsikan beberapa artikel berkaitan usahawan berjaya yang mungkin dapat memberi inspirasi untuk anda berjaya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Anda Mungkin Suka