Sejak negara Malaysia dilanda pandemik pada awal tahun 2020 lalu, banyak urusan rasmi sudah berpindah dari fizikal ke platform online bagi memudahkan semua pihak serta atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Baru-baru ini dalam satu video yang dimuat naik oleh YouTube Akhi Akmal ada berkongsi cara-cara untuk menukar nama kenderaan melalui platform online JPJ sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Akhi Akmal, pengguna yang memiliki ID Standard perlu menukar menjadi ID Advance terlebih dahulu sekiranya ingin melakukan urusan penukaran nama.

Jadi pengguna perlu hadir ke mana-mana kaunter JPJ serta memberikan biometrik cap ibu jari untuk mendapatkan ID Advance tersebut.

Selepas pengguna mendapat ID Advanced, bolehlah anda teruskan langkah-langkah seperti berikut–

  1. Masukkan butiran untuk log masuk ke portal MySikap.

    Sumber Gambar: public.jpj.gov.my
  2. Kemudian klik pada pilihan ‘Kenderaan’.

    Sumber Gambar: public.jpj.gov.my
  3. Pada ruangan Transaksi/Tindakan, pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)’.
  4. Pemilik asal hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan emel pemilik baharu.
  5. Kemudian pemilik baharu yang ingin melengkapkan proses tersebut secara online hanya perlu menerima dan membayar amaun yang diperlukan.
Sumber Gambar: public.jpj.gov.my

Jelas beliau lagi, penggunaan biometrik cap jari itu hanya perlu dilakukan sekali sahaja sewaktu kali pertama mendaftar ID pengguna di pejabat JPJ.

Bagi mendapatkannya, pengguna perlu mendapatkan nombor rujukan terlebih dahulu selain membawa kad pengenalan serta memberikan emel yang diminta, tiada keperluan untuk mengisi borang sepanjang proses itu berlangsung.

Selepas ini bolehlah anda semua mengemas kini ID Standard menjadi ID Advanced kerana terdapat banyak ciri-ciri lain yang dapat memudahkan urusan secara online, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.