Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan pemuda membuat kejutan kepada rakannya dengan menghadiahkan sebuah komputer riba dengan hasil wang yang dikumpul oleh mereka dalam tempoh 24 jam.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @5cammers, rakannya yang menerima kejutan itu menangis terharu dan difahamkan menangis selama setengah jam kerana berasa sebak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@farhan.n.n.n

thanks semua & all the best bro kat tempat baru

♬ original sound – FARHAN.N.N – FARHAN.N.N

Difahamkan, idea untuk menghadiahkan komputer riba kepada kawannya, Mohamad Nazrul, tercetus selepas mengetahui dia kehilangan dompet pada Khamis lalu dan ia adalah keperluan buat rakannya itu yang akan menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu.

“Mohamad Nazrul bukan datang daripada keluarga senang namun dia ada satu tabiat iaitu suka belanja kami makan senyap-senyap.” ujar Farhan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji usaha Farhan bersama rakan-rakannya tidak berkira untuk membelikan komputer riba kepada sahabatnya itu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan agar persahabatan mereka akan kekal dan mahu mereka saling menghargai kerana bukan mudah memiliki kelompok rakan-rakan yang baik. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2 juta tontonan.