Wira adalah filem ketujuh yang diarahkan oleh Adrian Teh, beliau merupakan pengarah yang bertanggunjawab membawa Paskal menjadi antara wajah filem terbaik pada tahun lalu. Sejak itu, Adriah Teh dilihat begitu dahaga untuk membawa filem aksi sehinggalah terlahirnya Wira.

Wira merupakan filem aksi yang membawa konflik keluarga, masa lalu dan cengkaman antagonis yang suka menindas para marhaen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara asasnya, Wira mengisahkan seorang pegawai tentera, Hassan (Hairul Azreen) yang pulang ke tempat asalnya yang dikuasai oleh Raja (Din Said), seorang taikun yang menguasai kejiranan tersebut. Hassan cuba memujuk keluarganya untuk keluar daripada kejiranan itu. Tetapi agak sukar kerana keluarganya mempunyai hutang dengan Raja.

Konflik terjadi apabila Raja mencabar Hassan dan adiknya, Zain (Fify Azmi) untuk kembali ke gelanggang jika mahu melangsaikan hutang. Mereka berdua dicabar untuk bergandingan bagi menentang anak Raja iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan).

Tidak berfikir panjang, mereka bersetuju untuk menentang anak-anak Raja. Tetapi apa yang mereka tidak ketahui, dari pertarungan tersebut bakal berlaku satu konflik yang lagi besar. Dan ia akan menentukan nasib mereka.

Jalan cerita yang disajikan Wira tidak begitu berat. Penonton telah dibawa dengan lebih awal misi Hassan yang mahu membawa keluarganya keluar daripada kawasan kejiranan yang rosak dan dikuasai oleh Raja.

Konflik yang melanda keluarga Hassan juga jelas dipaparkan oleh pengarah apabila aksi awal Zain yang tidak menerima kepulangan Hassan ke rumah. Seterusnya, terjadi beberapa konflik lain yang membawa cerita kepada pertempuran Hassan dan Raja.

doc781fryv0gzr105ahs72w
The Star

Olahan pengarah dilihat kemas dan boleh diterima. Tetapi terdapat beberapa tempat yang dilihat kurang konsisten. Antaranya seperti hubungan Hassan dan Zain yang sekejap baik dan sekejap tidak.  Begitu juga dengan penampilan khas Zizan Razak sebagai salah seorang pengikut Raja yang seperti terpaksa untuk dimasukkan. Tetapi boleh dimaafkan kerana ia ditutup dengan jalan cerita yang jelas.

Tunjang kekuatan filem Wira adalah pada aksinya. Pada permulaan cerita sehinggalah penghujung cerita, Adrian Teh telah menyajikan beberapa adegan yang mendebarkan dan enak untuk dilayan. Tetapi sayang apabila ada beberapa aksi yang tidak ditamatkan dengan begitu sempurna. Seperti tiada finishing yang tepat untuk aksi tersebut.

Mungkin disebabkan filem ini diletakkan di dalam kategori PG-13, pengarah agak dilihat terhalang untuk menyajikan aksi yang lebih padat dan memberikan penonton Malaysia satu pengalaman yang baharu.

Tetapi ia sedikit sebanyak ditutup pada aksi akhir ketika Hassan dan Zain bergandingan menentang Ifrit (Yayan Ruhian) yang juga orang kanan Raja. Pertarungan itu berjaya memberi sedikit kelainan.

76645569_2409043166090457_9096706377484599296_n

Kelebihan yang ada pada Yayan Ruhian dan ditambah pula dengan kemahiran Hairul Hazreen telah menjadikan aksi itu mantap. Kehadiran Yayan Ruhian sangat membantu dalam memberikan adegan-adegan yang lain daripada yang lain, seperti satu pengalaman yang berbeza buat penonton.

Dari segi lakonan, pelakon yang memberi kesan yang besar selepas keluar daripada wayang adalah Raja yang dibawa oleh Din Said. Beliau berjaya membawa watak Raja iaitu seorang antagonis yang lain daripada yang lain. Din Said berjaya memberi penonton satu sisi lain watak jahat yang tidak memerlukan wajah yang garang atau badan yang kental. Cukup dengan suara dan pandangan mata yang menyakinkan.

Selain itu, pendatang baharu Fify Azmi juga wajib diberi pujian. Sebagai orang baharu, lakonan beliau sebagai Zain dilihat begitu baik. Aksi beliau ketika menentang Ismi dan pengikut Raja dilihat sangat tegang dan dipapar dengan baik.

7g_disebalikfilemaksiwira03

Kehadiran Fify dilihat memberi kesan kepada Wira dan dia perlu bekerja lebih keras lagi untuk memantapkan lakonannya. Bagi Hairul Hazreen pula, tidak dinafikan beliau adalah pelakon paling layak membawa watak dalam filem aksi.

Wira adalah filem yang berjaya diolah dengan baik oleh Adrian Teh. Tetapi pada pandangan saya, agak kurang puas kerana Adrian Teh seperti terpaksa ‘simpan’ sedikit kreativiti beliau demi menjaga batas rating tontonan bersama keluarga.

Jika anda dahagakan filem aksi tempatan setaraf Paskal, ini adalah filem yang wajib anda tonton di pawagam. Berdasarkan komen peminat seni tempatan yang lain, ramai yang berpuas hati dan tidak pelik jika filem ini dapat membuat kutipan hebat. Kami beri rating 7.5/10. Berapa pula rating anda untuk filem ini?

Buat anda yang merindui filem Paskal, anda boleh ulang menontonnya di Netflix. Baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Filem Paskal Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 15 Mac

PASKAL: The Movie Jadi Filem Melayu Dengan Rating Tertinggi Di IMDb