Mereka yang pernah bekerja atau berurusan secara langsung dengan pelanggan terutamanya di kedai makan pasti tahu kerenah pelanggan bukanlah mudah untuk dipuaskan.

Sering kali kita dikhabarkan dan membaca pertelingkahan dan perselisihan faham yang berlaku di kedai-kedai makan dan restoran sama ada di dada-dada akhbar atau pun di media sosial.

Seperti kes terbaru yang dikongsikan oleh portal Says ini apabila seorang lelaki yang difahamkan bekerja sebagai jurulatih gimnasium didakwa hilang sabar selepas telur separuh masak yang dipesannya dikatakan sama ada kurang masak atau tidak disediakan dengan baik.

ebbb
Lokasi dimana kejadian tersebut dilaporkan berlaku

Bagaimana saksi tahu ia berpunca daripada telur separuh masak? Kerana ianya dilaungkan sendiri jurulatih berkenaan ketika sedang mengasari pekerja terbabit.

Menurut seorang saksi yang dipetik di Facebook, pelanggan berkenaan bertindak mengasari pekerja restoran mamak yang terletak di Petaling Jaya itu dengan menumbuk dan menyepaknya dalam kejadian yang berlangsung sekitar jam 1 pagi pada 8 Oktober lalu.

Macam kickboxing

“Ianya bermula apabila pengurus restoran itu menghantar pesanan ke meja lelaki berkenaan.

“Ketika beliau menghampiri meja, lelaki berkenaan terus mula menyepak dan menumbuk pekerja itu.

“Dan apa yang dilakukan pekerja itu hanyalah mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepalanya sambil cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku,” kongsi saksi berkenaan.

Tumbukan dan sepakan itu menurutnya juga bukanlah biasa tetapi menyerupai teknik yang digunakan dalam aksi pertarungan kick boxing Thailand.

Bertambah malang, pekerja berkenaan terpaksa menerima sepakan dan tumbukan bertubi-tubi sebelum ia dihentikan oleh orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Tambah mengecewakan, jurulatih berkenaan berjaya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pihak polis tiba di restoran berkenaan.

Rakan-rakannya yang berada satu meja dengannya bagaimanapun diminta untuk kekal berada dalam premis dan menunggu ketibaan pihak polis.

“Tidak banyak meja yang ada dengan sekitar 30 orang saksi sahaja untuk kejadian ini dan malangnya saya tidak berjaya menangkap gambar dan video pergaduhan itu atau nombor pendaftaran motosikal jurulatih berkenaan.

“Kami (berlima) bagaimanapun telah dikenalpasti sebagai saksi untuk memberi keterangan penuh berkenaan insiden berkenaan,” tulis beliau di Facebook.

Baca juga perkongsian kami mengenai pekerja restoran mamak ini yang dipuji netizen kerana menyediakan payung buat pelanggan mereka sebelum ini di pautan di bawah. 

‘Sampai Macam Ini Sekali Jaga Customer’- Usaha Pekerja Restoran Ini Payung Pelanggan Dipuji Netizen

Unik Dan Sempoi, Pasangan Ini ‘Candlelight Dinner’ Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur

Ibarat Aquaman Panggil Ikan, Netizen Seronok Lihat ‘Joki’ Nasi Kandar Kongsi Rezeki Dengan Merpati

Sumber