Sebelum ini tular di media sosial sebuah video memaparkan kejadian dua wanita bergelut sebelum dileraikan seorang lelaki.

Menerusi video tersebut, kelihatan kening mangsa yang berbaju putih berlumuran darah dipercayai akibat terkena kunci kereta ketika bergelut dengan suspek berbaju hitam.

https://www.tiktok.com/@norsyifasyahira/video/7110969202281843994?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Difahamkan, serangan itu berlaku kerana penyerang tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan dan kejadian berlaku berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berada di gerai kakaknya sebelum diserang suspek.

Ketika ini, suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan mangsa sudah pun mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video yang viral di media sosial pada pautan di bawah ini.

‘Ini Barulah Betul’ – Pengantin Terima Hadiah Berguna Daripada Kawan-Kawan Raih Pujian Netizen

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh

‘Murahnya, Sekilo RM5?’ – Pendedahan Upah Porter Di Gunung Kinabalu Ini Buat Netizen Terkejut