Bermula dengan majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada penghujung Mac lalu diikuti dengan kes rentas negeri ke Langkawi dan membeli karpet di Nilai 3, nama Neelofa seolah tidak pernah terlepas daripada menjadi buah mulut netizen berikutan isu pelanggaran SOP COVID-19.

Tindakan kompauan yang dikenakan seolah tidak memberi pengajaran buat pasangan ini selepas kerap kali melanggar SOP COVID-19. Oleh yang demikian, sebuah kempen telah dilancarkan dan digerakkan oleh para netizen dalam mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan yang lebih tegas kepada selebriti berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1152263
Sumber: The Star

Kempen yang dinamakan sebagai #PenjarakanNeelofa ini merupakan sebuah petition dalam mengumpul 25,000 persetujuan daripada netizen yang mahu Neelofa dipenjara tanpa kompromi sebaga isyarat jelas tiada undang-undang double standard kepada golongan VVIP & orang kenamaan.

Lebih mengejutkan, kempen yang baru sahaja beberapa jam dilancarkan ini sudah berjaya mengumpul lebih 17,000 setakat artikel ditulis.

Screen Shot 2021-05-20 at 11.01.14 AM
Sumber: Change.org

Untuk pengetahuan, Neelofa sebelum ini pernah dikenakan kompaun RM20,000 sebelum ini kerana gagal mengamalkan penjarakan sosial sewaktu majlis perkahwinannya bersama Harris Ismail. Beliau juga sekali lagi dikenakan kompaun RM10,000 berikutan kesalahan melanggar kebenaran merentas negeri ke Langkawi selepas majlis perkahwinan dijalankan.

Dalam pada itu, Neelofa bersama pasangannya PU Riz mengaku tidak bersalah langgar SOP di Mahkamah Majistret Seremban sekaligus membuatkan orang ramai mengulas mengenai tindakan mereka selepas didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Beberapa hari lalu keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian media selepas memaparkan video berpelukan dan bersalaman bersama ahli keluarga pada Hari Raya.

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Aidilfitri, Kes Disiasat Dan Polis Minta Tidak Buat Spekulasi

Sumber