Sebagai peniaga pasar pagi, pada awal subuh lagi mereka perlu sampai ke tapak perniagaan untuk memasang khemah serta memasukkan barang-barang jualan sebelum gerai mereka mula dipenuhi pelanggan apabila matahari mula terbit nanti.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman video seorang lelaki merakam peniaga melepaskan geram dengan meletakkan muatan niaga mereka di atas Perodua Bezza yang dipercayai menghalang tapak perniagaan mereka.

Dalam video berdurasi 1 minit 24 saat itu peniaga tersebut meletakkan beberapa raga berisi barang-barang jualan di bahagian hadapan dan belakang kereta yang menjadi ‘mangsa keadaan’ pada waktu itu.

Pada masa sama perakam turut menyuruh peniaga meletakkan besi tapak khemah di atas kereta berkenaan, sebaliknya peniaga itu membaling besi-besi itu mengenai cermin hadapan Bezza terbabit.

Tindakan peniaga itu membuatkan orang ramai berasa marah kerana melakukan khianat terhadap pemilik kereta Bezza berkenaan.

Nyata mereka lagi, boleh jadi pemilik kereta itu bukan penduduk setempat di situ jadi dia tidak tahu tidak boleh meletakkan kenderaan satu malam sebelum pasar pagi beroperasi keesokkan harinya.

Sumber Gambar: Facebook Viral Apo Hari Ini
Sumber Gambar: Facebook Viral Apo Hari Ini
Sumber Gambar: Facebook Viral Apo Hari Ini

Dalam pada itu orang ramai meminta agar pihak berkuasa dapat menjejak peniaga terbabit untuk dikenakan tindakan setimpal atas perbuatannya yang merosakkan harta benda orang lain.

Seorang peniaga ikan patin terkejut apabila menerima surat saman walaupun dirinya dilanggar oleh van polis.

Dirempuh Semasa Mahu Membelok, Peniaga Bingung Kena Saman Walaupun Van Polis Yang Langgar Belakangnya

Tampil Dengan Imej Tengkuk Bermasalah, Gelagat Dua Peminta Sedekah Ini Raih Perhatian Netizen

‘Student Buat Research, Uni Dapat Nama’ – Universiti Malaya Dituduh Curi Kajian Pelajar PhD