Sebut mengenai peperiksaan pastinya terdapat pelbagai ragam manusia yang dapat disimpulkan. Terdapat individu yang sekadar berpuas hati dengan keputusan lulus manakala terdapat juga individu yang mahu memperoleh gred yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, dua pelajar di India ini iaitu Mridul Agarwal dan Kavya Chopra nampaknya bertekad untuk mencapai markah 100% dalam peperiksaan Joint Entrance Examination (JEE) yang diambil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
JEE_Main_2021_Topper_Mridul_Agarwal
Sumber: times now news

Ujian kelayakan ini merupakan ujian penting di India dalam memberi peluang buat rakyat India untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuteraan.

Apa yang membuatkan kisah ini lebih ironi adalah, kedua-dua pelajar ini masing-masing sudah berjaya memperoleh markah 99.99% dan 99.97%. Namun, kedua-dua mereka masih belum berpuas hati selepas gagal peroleh markah penuh sekaligus memilih untuk jalani peperiksaan yang sama buat kali kedua.

JEE_Main_2021_Topper_Kavya_Chopra
Sumber: times now news

Menurut Times Now News, kedua-dua pelajar ini memilih untuk bekerja lebih keras dengan mengulang kaji pelajaran selama enam hingga lapan jam sehari. Usaha mereka nampaknya berbaloi selepas masing-masing berjaya memperoleh markah 100% pada peperiksaan yang diambil kali kedua.

Kejayaan yang diperoleh berjaya meletakkan mereka dalam kelompok 13 individu terbaik daripada 600,000 individu yang mengambil peperiksaan JEE pada bulan Mac. Semoga usaha keras pelajar ini membolehkan mereka menyertai universiti pilihan mereka dalam bidang kejuteraan.

Tular pada minggu ini apabila cubaan Chatime backup Neelofa ke Langkawi akhirnya dikantoi oleh netizen.

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Vincent Tan Mahu Sedekah Separuh Kekayaannya Kepada Golongan Kurang Berkemampuan