Pada hujung minggu lalu, Syamsul Yusof akhirnya mengaku beliau telah berkahwin dengan Ira Kazar dan hal ini telah meraih perhatian orang ramai kerana telah lama kontroversi ini berpanjangan.
Terbaru, Puteri Sarah telah memohon agar Syamsul untuk menceraikan dirinya kerana dia tidak mahu bermadu dengan Ira Kazar di dalam satu hantaran di Instagram.
Baca Juga:
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
https://www.instagram.com/p/CnObO6grSdk/?hl=ms
Menurutnya, dia terpaksa untuk menggunakan platform media sosial kerana Syamsul masih menyekatnya sejak setahun lalu. Oleh yang demikian, dia tidak dapat berbincang dengan Syamsul.
Terdahulu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.