Sebagai pejalan kaki, kita sentiasa perlu peka dengan keadaan sekeliling semasa mahu melintas jalan raya, lebih-lebih lagi jika laluan tersebut bukanlah laluan dikhaskan untuk pejalan kaki.

Baru-baru ini tular satu video seorang pemandu kereta terpaksa memberhentikan kereta secara mengejut untuk memberi laluan kepada seorang lelaki yang mahu melintas jalan raya bersama-sama dengan ahli keluarganya. Mereka dipercayai mahu pergi ke restoran nasi kandar yang terletak di seberang jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tiga saat terawal video itu, lelaki terbabit sudah bersedia seperti ‘mahu mengacah’ pemandu berkenaan dengan menolak troli bayi (tiada kanak-kanak di dalamnnya) ke tengah jalan raya selaju mungkin untuk membuatkan kereta tersebut berhenti mengejut.

Dengan gayanya yang sombong, lelaki itu menuding jari sambil memarahinya kerana tidak memperlahankan kenderaan untuk memberikan dia sekeluarga melintas jalan terlebih dahulu.

Hantaran video itu telah mendapat pelbagai kecaman netizen yang tidak berpuas hati selepas melihat tindakan lelaki itu yang didakwa boleh membahayakan keselamatan semua pihak yang berada di sekelilingnya ketika kejadian itu berlaku.

Sumber Gambar: Facebook Ah Wen
Sumber Gambar: Facebook Ah Wen
Sumber Gambar: Facebook Ah Wen

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi sekitar 10 saat itu telah mendapat lebih seribu kali perkongsian. Orang ramai meminta agar pihak berkuasa dapat mengesan lelaki terbabit kerana telah mencetus ‘unsur-unsur sabotaj’ yang boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Menurut pemilik asal rakaman video dashcam ini, dia bersyukur kenderaan di belakangnya turut sempat brek mengejut, jika tidak pasti kemalangan berlaku di hadapan restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang itu.

Sementara itu, seorang pemandu dimarahi penunggang motosikal kerana lambat menyentuh kad TNG untuk melepaskannya keluar daripada terus ‘tersangkut’ di plaza tol. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lambat Sentuh Kad Touch ‘n Go, Pemandu Kereta Kena Marah Dengan Penunggang Motosikal

Terperangkap Dalam Kereta Api Hampir Dua Jam, Pengguna Luah Rasa Tidak Puas Hati Kepada KTM

Dakwa Sudah Tiga Kali Buat Laporan, Renovasi Rumah Jiran Beri Kesan Kepada Kediaman Lelaki Ini

Sumber