Sebagai pemilik kereta, kita perlu tahu kemampuan kenderaan yang dikawal supaya ia tidak ‘memakan diri’ sehingga boleh mengundang kesusahan kepada pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini satu rakaman video yang berlaku pada hari Jumaat lalu telah tular dan membuatkan netizen berasa geli hati apabila melihat sebuah BMW 3 Series ‘terbang dan melekat’ di pagar rumah orang yang bersebelahan dengan tepi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video yang dikongsikan pengguna Facebook, Muhd Shazwan, kejadian itu berlaku berhampiran Bulatan Sultan Abdul Aziz, Ipoh, Perak. Kereta BMW terbabit nampak terburu-buru semasa cuba melalui bulatan tersebut.

Namun pemandu itu terpaksa memperlahankan kenderaannya apabila ada MPV masuk ke laluannya secara tiba-tiba. Sejurus itu, BMW tersebut masuk ke laluan yang hendak dituju dengan sangat laju sekali sambil menyalakan lampu signal kiri.

Semasa kereta itu mahu membelok ke simpang kiri, secara tiba-tiba ia hilang kawalan lalu terus merempuh pagar rumah orang sehingga badan kereta terangkat mengadap ke atas.

Rakaman video itu membuat orang ramai geli hati dan pada masa sama tertanya-tanya mengapa pemandu BMW terbabit terburu-buru sehingga menyebabkan dirinya terlibat kemalangan.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Pada akhir kejadian berkenaan, pemilik asal video berkenaan meneruskan perjalanannya seperti tiada apa-apa yang berlaku di hadapan matanya.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu menerima lebih 500 kali perkongsian semula dan komen daripada pengguna Facebook lain.

Semoga video ini menjadi iktibar kepada orang ramai agar tidak mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi, bimbang boleh menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, angka kematian telah bertambah seorang lagi apabila sekumpulan penunggang motosikal berlanggar antara satu sama lain selepas bertembung dengan kereta. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lumba Berakhir Tragedi, 3 Penunggang Motosikal Maut Bertembung Dengan Kereta

Comel Dan Mencuit Hati, Pemandu Bagi ‘Mini Love’ Sebagai Tanda Berterima Kasih

‘Orang Ke Bukan?’ – Kelibat Susuk Putih Di Pembahagi Lebuh Raya Cetus Persoalan Ramai