Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Dato’ Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasti semua orang mengenali beliau yang memiliki bakat luar biasa dalam bidang nyanyian.

Semalam, Dato’ Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan lagu terbaharu beliau iaitu Tujuh Nasihat berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu tersebut telah berada di Joox, KKbox, Apple dan Deezer serta Spotify akan menyusul.

Perkhabaran tersebut pastinya buat ramai peminat Dato’ Siti Nurhaliza teruja, tetapi ada satu perkhabaran yang kurang enak didengar. Difahamkan, terdapat beberapa individu tidak bertanggungjawab telah¬†memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi mereka.

Hal tersebut membuatkan Dato’ Siti Nurhaliza berasa kecewa. Beliau turut memohon agar mereka yang memuat naik lagu tersebut di laman YouTube menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.

Lantaran itu, beliau juga memberitahu bahawa pihaknya, SNP dan Universal Music akan memantau perkara tersebut. Jika masih ada pihak yang belum memadamkan video tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

Malah, beliau juga memohon agar peminat membantunya membuat laporan terhadap akaun-akaun tersebut. Untuk pengetahuan anda, muzik video lagu Tujuh Nasihat belum lagi dilancarkan secara rasmi dan hanya dilancarkan di beberapa penstriman muzik.

Isu seperti ini boleh dikatakan sering berlaku. Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel berkaitan karya dicetak rompak dan diciplak. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Karya Dicetak Rompak, Pelakon Filem ‘KL Gangster Underworld’ Kecewa Dengan Sikap Netizen

Kumpulan Dari Indonesia Kantoi Ciplak Lagu ‘Tergantung Sepi’ Nyanyian Haqiem Rusli

Wanita Ini Kongsikan Bagaimana Karya Novel Beliau ‘Diciplak’ Dan Dijual Pihak Ketiga

Anda Mungkin Suka