Setiap orang pasti mempunyai kereta impian dan sanggup berkerja keras bagi mendapatkkannya. Amat mustahil sekali jika kita dapat memiliki kereta impian hasil daripada pemberian orang lain, lebih-lebih lagi harga kereta tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun begitu, baru-baru ini seorang lelaki daripada UK telah memenangi cabutan bertuah membolehkannya membawa pulang sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evo IX FQ 320 – 2.0 Mivec Turbo dengan kos penyertaan semurah £1.99 (RM11.26).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-menang-mitsubishi-evo-kemalangan-3
Sumber Gambar: Facebook Dream Car Giveaways

Adam Gritffiths telah menempuh perjalanan sejauh 144km untuk mengambil kunci kereta Mitsubishi Lancer Evo dan £1,000 (RM5,658) daripada penganjur cabutan bertuah tersebut, Dream Car Giveaways.

Namun nasib tidak menyebelahi Adam apabila kereta yang baru diambilnya itu  telah terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan bahagian hadapan dan belakang kereta rosak teruk.

vocket-menang-mitsubishi-evo-kemalangan-5
Sumber Gambar: Twitter South Wales Police Roads Policing

Kemalangan tersebut dimaklumkan oleh pihak polis South Wales melalui satu ciapan sebelum mereka membuang ciapan tersebut. Pihak penganjur cabutan bertuah turut mengesahkan melalui satu hantaran Facebook mengenai Mitsubishi Evo Adam terlibat dalam kemalangan sehingga hancur.

Menurut Adam, dia terlibat kemalangan semasa memandu keretanya di Pontypridd yang menyebabkan dirinya dan penumpang mengalami kecederaan ringan.

“Ini salah saya, saya cedera dalam kemalangan ini dan saya harus menghadapi akibatnya,” kata Adam.

Ekoran kemalangan kereta Mitsubishi Lancer Evo yang baru dimenanginya tidak sampai tempoh 24 jam, dia telah dihujani dengan ‘serangan’ daripada pengguna media sosial sehingga menyebabkan dia terpaksa menutup akaun Facebook miliknya.

Baru-baru ini seorang pemilik Lamborghini Urus baru memiliki kereta tersebut tidak sampai sebulan musnah terbakar setelah terlibat kemalangan.

Pemandu SUV Hilang Kawalan, Lamborghini Bernilai RM1.8 Juta Rentung Terbakar

Baru Dapat Kunci Ferrari 6 Jam, Kereta Ini Hancur Teruk Dalam Kemalangan