Twitter Inc telah menggantung akaun Kanye West sekali lagi, hanya dua bulan selepas akaun penyanyi rap itu dikembalikan semula, kerana ciapannya melanggar peraturan platform media sosial tersebut.

Pemilik terbaharu platform berlogo burung itu, Elon Musk mengalu-alukan kepulangan penyanyi rap ke platform itu pada Oktober.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, dalam satu ciapan terbaharunya beliau menyatakan terpaksa menggantung semula akaun Kanye sekali lagi kerana melanggar peraturan Twitter — ‘hasutan dan keganasan’.

Sumber Gambar: Yahoo! News
Sumber Gambar: Twitter @kanyewest

Tambah Elon lagi, beliau bukan menggantung akaun Kanye kerana ‘tersinggung’ dengan gambar beliau tidak berbaju semasa berada di atas kapal layar mewah ditularkan kembali.

Terdahulu, Kanye telah berkongsi ciapan reka bentuk menggabungkan swastika dengan Star of David, hanya beberapa jam selepas dia memuji Adolf Hitler dan Nazi dalam satu wawancara.

Kemudian Kanye memuat naik satu lagi ciapan bergambar di mana Elon tidak memakai baju dengan caption – “Mari kita sentiasa ingat ini sebagai ciapan terakhir saya”, sebelum akaunnya digantung lagi sekali.