Jack Black sekarang ini bukan hanya akan menghiburkan anda di dalam filem, malah di laman YouTube! Beliau baharu sahaja melancarkan saluran YouTube yang dikhaskan untuk gaming. Saluran berkenaan baharu sahaja dibuka pada 21 Disember yang lalu dan sudah mempunyai 2.2 juta pengikut!

Jack Black yang dikenali dengan nama Jablinski Games akan mengkhuskan bermain permainan video di saluran YouTube miliknya nanti dan ‘mencabar’ Ninja serta PewDiePie di mana beliau akan menjadi bintang gamers YouTube yang baharu bermula 2019 ini. Beliau siap beli kerusi gaming PewDiePie lagi untuk menunjukkan dedikasi beliau untuk saluran Jablinski Games ini.

Belum pun ada content gaming, beliau sudah dapat Gold Play Button yang dihadiahkan oleh YouTube untuk mana-mana saluran yang mencecah 1 juta pengikut. Ramai peminat yang teruja ‘Kung Fu Panda’ bakal memeriahkan lagi YouTube pada tahun 2019.

PewDiePie memiliki 79 juta pengikut dan Jack Black bermula dengan hebat dengan 2 juta pengikut dalam masa kurang dua minggu. Kami tidak sabar untuk lihat apa yang akan Jack Black buat menerusi saluran Jablinski Games dan semestinya, akan ada artis undangan untuk bermain games bersama beliau nanti. Kami sudah subscribe, anda pun jangan lupa!

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Baca lagi: Duta Samsung Rusia Disaman Kerana Menggunakan Apple iPhone