Kematian George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata ketika di dalam tahanan polis telah memacu kemarahan rakyat Amerika Syarikat. Mereka mula berkumpul bagi menunjukkan protes ke atas kekejaman polis terhadap warga kulit hitam.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, demonstrasi yang terjadi di beberapa tempat utama di Amerika Syarikat telah berkembang dari jeritan damai untuk keadilan menjadi jeritan yang lebih bergema kepada keganasan dan kehancuran.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Golongan oportunis yang menggunakan kesempatan di tengah-tengah kekecohan ini telah merompak sejumlah kedai-kedai berjenama besar yang berada di luar kawalan polis.

Di dalam sebuah video baru-baru ini yang muncul di media sosial, butik jenama terbesar dunia, Louis Vuitton di Portland telah dipecah masuk oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Seorang netizen di Twitter telah mengira kerugian yang dialami oleh Louis Vuitton. Melalui pengiraanya terdapat 19 beg yang mempunyai nilai yang tinggi telah dicuri dan ia memakan kos sehingga RM368,000.

Antara beg-beg yang dicuri adalah Milla in MM bernilai RM23,446.80, Cappucines bernilai RM22,144.20, The On The Go Tote bernilai RM12,982.58, The Pochette Metis yang bernilai RM10,439.00, The Go MM bernilai RM12,898.86 dan terdapat 13 lagi beg lain yang mempunyai nilai lebih RM10,000.

Only a few blocks from our studios last night, people loot a Louis Vuitton store in #Portland #Oregon.

Posted by Live 95.5 on Saturday, 30 May 2020

Live 95.5 turut melaporkan butik Louis Vuitton yang berdekat dengan pejabat mereka turut dirompak. Tidak pasti siapa dalang disebalik perbuatan keji ini, tetapi ia dilaporkan memberi gambaran buruk kepada penunjukkan perasaan yang turun untuk melakukan protes ke atas pihak polis dan bukannya perniagaan.

Kelihatan di dalam video beberapa orang yang memakai topeng telah memecah masuk premis perniagaan tersebut dan mengambil hampir semua barangan yang ada didalamnya.

Salah seorang pengguna Facebook malah menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan golongan ini dengan menyatakan bahawa mereka mengambil kesempatan ke atas protes yang mula berlaku secara aman.

View this post on Instagram

💔 @roundtwohollywood @roundtwovintage

A post shared by Sean Wotherspoon (@sean_wotherspoon) on

Selain itu, Round Two, sebuah butik yang menjual barangan vintaj oleh Buzzz R Us Smoke Shop dan JapanLA telah ‘bersih’ sepenuhnya apabila butik mereka dipecah masuk.

Manakala di hadapan kedai mereka, tertulis satu ayat menggunakan spray dengan memberitahu orang ramai bahawa kedai “kedai kosong … tidak ada yang tersisa.” Perbuatan keji ini telah menerima pelbagai reaksi netizen dan kebanyakan daripada mereka marah dengan tindakan tersebut.

Terdahulu, butik Supreme di Osaka turut dipecah masuk dan mengalami kerugian sebanyak RM113,500. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Butik Supreme Di Osaka Rugi RM113,500 Selepas Dipecah Masuk

Coronavirus Cetus ‘Panic Buying’ Di Hong Kong, Tisu Tandas Bernilai Lebih RM500 Dirompak

 

Anda Mungkin Suka