Kapal mewah Equanimity yang pernah dimiliki ahli perniagaan penuh kontroversi,Jho Low kini akan dijual semula di pasaran oleh Genting Malaysia Bhd. Kapal tersebut dibeli oleh pihak Genting dengan harga $126 juta (~RM514.14 juta) pada bulan April lalu dan ditukar namanya kepada Tranquility.

Kapal persiaran ini pernah menjadi topik hangat pada bulan Ogos yang lalu apabila model terkenal dunia Kylie Jenner menyewa kapal berkenaan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak daripada itu, Syarikat kapal mewah Camper & Nicholsons (C&N) melalui satu laporan daripada The Business Insider melaporkan bahawa harga yang diminta untuk kapal itu ialah $200 juta (~RM837 juta), lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar oleh Genting untuk membeli kapal mewah itu sebelum ini.

equanimity
Sumber: The Star

Kapal mewah tersebut yang dirampas dari persisiran pantai Bali oleh pihak berkuasa Indonesia Februari tahun lalu sebelum ini dikehendaki kerajaan Amerika Syarikat untuk membantu siasatan Jabatan Keadilan (DOJ) terhadap kes seleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebab utama mengapa kapal mewah ini dijual masih lagi menjadi tanda tanya. Namun, kapal berkenaan boleh disewa sekitar $1.2 juta (~RM5.2 juta) seminggu buat anda yang berminat.

Baru-baru ini bekas CEO 1MDB mengaku gajinya mencecah RM99,000 sebulan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bekas CEO 1MDB Mengaku Terima Gaji RM99,000 Sebulan Dan Bonus RM1.44 juta

Kylie Jenner Sewa Kapal Kontroversi ‘Equanimity’ Untuk Sambut Hari Lahir Ke-22

Genting Tukar Nama Equanimity Kepada ‘Tranquility’

Sumber