Pada hari ini memang mudah untuk kita dapatkan pakaian kegemaran sendiri, hanya perlu buka telefon pintar dan anda boleh membelinya secara online. Namun adakalanya pakaian yang kita terima itu, mempunyai saiz yang sedikit berbeza dan kita perlu alter supaya ia sesuai dipadankan pada diri sendiri.

Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok @cikpika_pika_ii berkongsi satu video di mana ada sebuah kedai jahit menolak permintaan mana-mana pelanggan yang mahu alter seluar yang tidak mengikut syarak agama Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video itu, kelihatan notis tertulis kedai tersebut tidak menerima permintaan mana-mana pihak yang mahu alter seluar ketat perempuan. Di akhir notis itu ada tertulis — “Tak sanggup berkongsi dosa”.

@cikpika_pika_ii

Terbaik #foryoupage #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Manakala dalam kedainya pula kelihatan satu lagi papan notis besar tergantung di dinding menyatakan — permintaan alter yang kurang sesuai dan melanggar syarak akan ditolak.

Perkongsian video itu telah meraih pujian netizen yang berasa kagum kerana pada hari ini masih ada peniaga kedai jahit yang masih menitikberatkan soal hukum syarak dalam perniagaannya.

Pada masa turut ‘menyelamatkan’ pelanggan dan dirinya daripada berdosa memakai pakaian yang tidak sesuai serta bersetongkol dengan pelanggan tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @cikpika_pika_ii
Sumber Gambar: TikTok @cikpika_pika_ii
Sumber Gambar: TikTok @cikpika_pika_ii

Orang ramai turut mendoakan agar perniagaan kedai jahit terus maju jaya, sentiasa dipenuhi oleh para pelanggan setiap masa dan menyeru penduduk setempat untuk menyokong perniagaan tersebut yang dipercayai beroperasi di sekitar Kuala Nerang.

Dalam pada itu, netizen turut berharap agar kedai-kedai jahit lain turut mengikut jejak langkah yang sama agar perniagaan mereka sentiasa diberkati.