Umum mengetahui bahawa suspek yang menjadi buruan polis akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan dirinya daripada tertangkap. Untuk tujuan itu, adakalanya suspek sanggup bersubahat dengan kenalan rapat untuk menyembunyikan dirinya di dalam kediaman kenalan rapatnya itu.

Namun lain pula ceritanya di West Sussex, England apabila dikhabarkan seorang lelaki dipercayai suspek buruan polis dilaporkan secara sukarela menyerahkan dirinya ke balai polis West Sussex gara-gara tidak sanggup menjalani ‘perintah berkurung’ bersama orang-orang yang tinggal satu rumah dengannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan halaman The Guardian, lelaki berkenaan menyerahkan dirinya ke balai polis West Sussex pada petang Rabu, 17 Februari yang lalu. Setakat ini identiti suspek serta kesalahan yang dilakukan masih lagi dirahsiakan.

Baginya, lebih baik menjalani kehidupan di penjara kerana tempat itu lebih memberikan suasana ‘kedamaian dan ketenangan’ berbanding hidup dengan orang-orang yang berada di dalam rumahnya.

“Lelaki yang kami cari sukarela menyerahkan dirinya kepada pihak polis Sussex tengah hari semalam.”

“Demi mencari suasana damai dan tenang, dia memaklumkan kepada kami bahawa dia lebih rela kembali ke penjara daripada menghabiskan masa bersama dengan orang-orang yang tinggal dengannya,” kata Inspektor Darren Taylor, salah seorang anggota polis Sussex di Twitter beliau.

Difahamkan, lelaki yang ‘ingin kembali semula ke penjara’ berkenaan kini sedang berada dalam tahanan dan akan dihantar kembali untuk menjalani hukumannya di penjara.

Dalam pada itu, baca lagi perkongsian kami mengenai dekorasi penjara Sweeden persis rumah studio menerusi pauta di bawah. 

Dipuji Cantik Oleh Netizen, Bilik Persis Rumah Studio Ini Sebenarnya Penjara Di Sweden

Kisah Tragis Wanita Transgender Di Penjara Lelaki, Terpaksa Berlakon Jadi ‘Lelaki’ Untuk Elak Diseksa

Dijaga ‘Luzero’ Dan Makan Daging Kuda, Ringgo Fotograf Kongsi Saat Dipenjara Di Venezuela

Sumber