Berbaju sedondon, bergambar bersama dan minta dipeluk mungkin menjadi kenangan terakhir buat Mohd Ismail yang kehilangan ketiga-tiga anak lelakinya yang dikhuatiri lemas pada semalam.

Ketiga-tiga anaknya, Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 15 itu dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai mandi di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang sebelum ini kematian isterinya sejak 10 tahun lalu berkata dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya pada jam 7 malam semalam oleh anak saudaranya.

‘Memang janggal tetapi tidak pelik’

Mengimbau kembali kenangan hari raya baru-baru ini bersama tiga anaknya itu, Mohd berkata kesemua mereka memilih untuk mengenakan baju Melayu sedondon dan bergambar berpelukan bersamanya.

“Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap pelik. Mereka juga minta saya peluk.

“Cuma saya tidak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya,” katanya kepada Harian Metro.

Dan kini selepas beberapa jam, perkembangan terbaru pencarian ketiga-tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu mula menunjukkan perkembangan apabila salah seorang mangsa dilaporkan telah ditemui.

Mayat pertama mangsa lemas Umar Iskandar Mohd, 21, ditemui jam 9.40 pagi ini.

Kehilangan seorang anak sahaja pun sudah cukup mendukacitakan, apatah lagi kehilangan ketiga-ketiganya sekaligus dalam tempoh masa yang sama.

Bersama kita doakan agar misi pencarian dapat membawa khabar positif buat bapa mereka dan seluruh ahli keluarga yang terlibat.

Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian terbaru dari kami.

Daripada Konsep Hotel Sri Malaysia Ke Industrial, Lihat ‘Makeover’ Rumah Ini Yang Bermodalkan RM450,000

Honda Bakal Hentikan Penjualan City Dan Civic Di Jepun Tidak Lama Lagi

Nike SB Kembali Popular, Kasut Berharga RM389 Ini Dijual Kembali Setinggi RM6,500