Influencer media sosial, Chazynash sebelum ini yang tular dengan video prank lakonanmemakai gelang pink kuarantin akhirnya memadamkan video kontroversi tersebut.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau melalui satu hantaran yang dibuat di Instagram pada pagi ini yang turut disertakan dengan permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga petugas barisan hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Tak sangka begitu ramai yang kecam sampai ke tahap sekarang ini. Walaupun ada juga yang kata okay saja video itu tapi saya tidak mampu nak buat apa-apa.

“Ya, saya setuju saya tidak patut post content sebegitu. Alhamdulillah video pun saya sudah padam,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Beliau pada semalam menimbulkan kekecohan di media sosial susulan video prank yang dimuat naik beliau sebelum ini menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Walaupun menjelaskan kesemua adegan yang dirakam untuk video tersebut adalah lakonan dan dibuat di set lakonan, namun ianya masih menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai.

869597
Tangkap layar video tersebut yang dipadamkan. Foto: MSTAR

Serah kepada polis

Permohonan maaf dan penurunan video itu juga dilakukan pihak beliau sehari selepas kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengulas mengenai pemakaian gelang pink seperti dilaporkan Astro Awani.

Menurut beliau, individu yang melakukan video prank itu sebenarnya telah melakukan dua kesalahan.

“Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang ‘pink’ untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan.

“Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai.

“Dia salah… (kerana) melakukan kesalahan tersebut,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menjelaskan telah menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut berhubung perkara itu manakala sebarang tindakan juga menurut beliau terserah kepada pihak polis dan pada masa sama meminta isu berkait COVID-19 tidak dijadikan bahan mainan atau ketawa.

Baca juga kisah kumpulan YouTuber ini yang mengaku video prank curang mereka sebelum ini juga hanyalah lakonan semata di pautan di bawah. 

Bros Gang TV Akhirnya Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula

Pernah Menyamar Jadi Anggota JPJ, Netizen Dedahkan Ini Bukan Kali Pertama ‘YouTuber’ RM10,000 ‘Buat Hal’