Masa kecil dulu, aku tak faham kenapa watak Squidward ini sentiasa marah-marah. Bad mood, sedih dan tak suka berhibur. Kenapa dia tak ikut sekali Spongebob dengan Patrick bersuka ria?

Bila dah besar ni barulah tahu sebenarnya dapat jiran yang menjengkelkan, jiran yang suka bising dan tak jaga privasi orang adalah sangat menyakitkan hati. Hakikatnya kitaran kita pun macam itulah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

SpongeBob dengan Patrick bukan menghiburkan tetapi kerosakan. Selain di rumah, Squidward bekerja dalam keadaan yang toksik.

Sebenarnya kehidupan watak-watak dalam kartun SpongeBob Squarepants ini sangat related dengan kehidupan kita. Bos pentingkan diri, jiran tiada common sense, gaji kecil dan dipaksa kerja lebih masa, dipaksa melakukan kerja luar daripada skop, Mental healthy yang tak sihat, Mentaliti merendahkan orang lain (merujuk kepada Squilliam Fancyson).

Cuba anda tanya mana-mana customer services worker, mesti mereka faham keadaan Squidward. Menghadap customer yang banyak perangai, biadap atau pentingkan diri. Sudahlah mental torture dengan keadaan kerja, dapat pula bos haji bakhil. Setiap jam kerja mereka dibayar hanya sekitar 7sen sahaja.

Mr Krabs jenis majikan yang rasa customer is always right sampaikan rintihan pekerja pun dia tak peduli. Yang penting keuntungan. Bayar pula gaji sedikit, bos yang tak memahami.

Perasaan sedih, marah dan bad mood macam Squidward ini dikira sebagai “Major Depressive Disorder (MDD)”. Perubahan mood. Letih dan kurang tenaga. Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan disebabkan persekitaran.

Kita tahukan yang Squidward ni jenis narcissistic, corakan seni dibuat semua merujuk pada diri sendiri. Sikap narcissistic Squidward ni makan diri yang buat dia tak boleh keluar daripada zon sekarang. Tapi ini sahaja cara dia nak suka diri sendiri. Macam kita sayang diri sendiri. Nampak macam dia selfish tapi hakikatnya dia malas nak tambah masalah dalam hidup.

Kenapa Spongebob tidak macam Squidward sedangkan dia pun sebenarnya pekerja Mr Krab? Kalau pandangan aku, orang macam SpongeBob ni jenis kaki ampu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk bos asalkan boleh jadi staf kesayangan. Sedangkan gaji dia sama sahaja. SpongeBob juga boleh dikategorikan jiran yang tiada common sense. Orang yang tiada common sense ni dia cuma fikirkan diri sendiri sahaja.

Asal aku bahagia, aku kisah apa dengan orang lain. Korang tanyalah diri sendiri, kuat tak untuk menjadi seorang Squidward Tentacles yang berdepan dengan jiran kiri kanan dia yang begitu? Yang suka rosakkan property anda, mengganggu privasi anda ketika bersantai, pengotor dan suka ambil hak orang dan melepaskan haiwan peliharaan tanpa dipantau. Itu belum lagi buat bising suka menukang tak kira waktu.

Renovate sana sini tak henti-henti. Ini apa yang SpongeBob dan Patrick selalu buat. Tak ada satu pun daripada kita suka dengan situasi macam ini, sebab itu Squidward boleh menjadi toksik. Kita tak boleh paksa watak seperti dia untuk masuk culture tak sihat.

Sudahlah Squidward dipandang rendah sepupu sendiri, dihina sebab kerja di industri kelas ke-3. Ibarat macam kita dibezakan dengan sepupu sepapat masa berkumpul ramai-ramai. Siapa yang suka?

Untuk orang yang berumur 44 tahun, Squidward mungkin hilang keyakinan diri untuk capai cita-cita. Jadi dia hadap saja apa yang ada depan mata tapi dalam umur macam ini jugalah kita akan fikir kita penat nak terus bekerja, mengadap hal remeh temeh dan memerlukan lebih masa nak bertenang sebab itu Squidward buat rumah dia macam syurga diri sendiri. Tapi situasi Squidward tak menyebelahi diri dia.

Pergi kerja rakan kerja tak menggembirakan. Layan customer buruk perangani. Kadang dipaksa kerja lebih masa sebab bos nak keuntungan. Tapi gaji tetap ditahap itu. Balik rumah pula, kena mengadap jiran yang menyakitkan hati.

Masa cuti, jiran pula suka ganggu dan suka buat bising. Kenapa Squidward tak pindah sahaja? Kalau dalam situasi dunia sebenar, Squidward mungkin dalam kategori B40. Gaji kecil, nak cari kerja lain susah sebab pengalaman tak banyak. Dari muda dia cuma kerja di Krusty Krab sahaja. Hendak pindah duit pula tak ada. Jadi nak atau tidak, dia kena reda. Hadap sahaja hidup dengan orang mentaliti kelas ke-3.

Orang macam Squidward ni bukan dia tak boleh berhibur tapi kena berhibur cara yang sesuai diri dia. Macam orang introvert. Bukan tak boleh bersosial tapi kena tengok keadaan tempat dan orang-orang sekeliling. SpongeBob dengan Patrick suka buat benda sia-sia. Tak sesuai untuk orang seusia Squidward yang ada cita-cita yang tinggi walaupun tak tercapai. Dia dah terlalu tua untuk berhibur cara muda mudi.

Bayangkan diri anda berada di tempat kerja yang toksik, balik kerja hadap jalan jammed berjam-jam, balik rumah pula perlu menghadap jiran yang macam-macam perangai dan esoknya anda akan pergi kerja dengan keadaan bad mood sebab mental yang tidak cukup rehat. Hendak pergi bercuti tenangkan diri, sedar diri duit habis untuk kelangsungan hidup.

Jadi wajarkah untuk Squidward menjalani kehidupan harian dalam keadaan bad mood dan marah-marah? Jika kita berada di tempat Squidward, barulah kita tahu betapa sengsaranya hidup seorang Squidward.

Kartun yang ramai anggap sebagai hiburan sebenarnya boleh menjadi ‘kenyataan’ seperti apa yang diramalkan dalam siri Simpsons ini. Baca pada pautan di bawah.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Dakwa Upin & Ipin Adalah โ€˜Alatโ€™ Propaganda Dari Malaysia

Ini ‘Gurauan Nakal’ SpongeBob Terhadap Sonic Sempena Tayangan Filemnya Di Seluruh Dunia