Walaupun selalu dipandang rendah dan dikatakan sebagai aplikasi untuk kanak-kanak dan remaja sebelum ini, namun aplikasi TikTok kini boleh dikatakan semakin mendapat tempat dalam kalangan netizen tanpa mengira usia dan latar belakang.
Jika sebelum ini ia sering menjadi tempat untuk netizen yang terdiri daripada golongan muda ini melakukan pelbagai challenge serta tarian yang trending, TikTok sebenarnya menawarkan lebih daripada itu.
Sebagai contoh akaun Jom Mandarin di aplikasi tersebut yang mengajar netizen untuk mempelajari bahasa Mandarin dengan setiap video yang dimuat naik mereka di platform tersebut.
@jommandarin kenali nama negeri di Malaysia dalam bahasa mandarin #moresmile #mandarinclass #tiktokmalaysia #diyguru #mandarin #中文 #malaysia #chinese
Bukan sekadar ajar Mandarin
Akaun yang memfokuskan pengajaran bahasa Mandarin itu mula tular sejak beberapa hari ini selepas netizen mula berkongsikan kembali video-video yang dimuat naik di akaun TikTok mereka.
Bagaiamanapun apa yang membuatkan akaun mereka lebih menarik adalah perkongsian terbaru yang membicarakan pantang larang masyarakat Cina ketika memberikan hadiah kepada seseorang.
@jommandarin Hadiah2 yang tak boleh bagi kat kawan2 Cina kita❌❌❌ #learnmandarin #moresmile #jommandarin #tiktokmalaysia #mandarin #languagechallenge
Walaupun nampak seperti sesuatu yang ringkas, perkongsian tersebut sudah semestinya boleh menjadi sangat berguna buat mereka yang mempunyai rakan dan kenalan berbangsa Cina.
Jika sebelum ini kita hanya mengetahui beberapa pantang larang yang terdapat dalam masayarakat Cina ini, kini dengan akaun TikTok ini kita akan dapat mempelajari dengan lebih banyak lagi.
Selain itu, ia juga boleh menjadi permulaan buat anda yang berkira-kira atau pernah berhajat untuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum ini.
Kami sebelum ini juga pernah berkongsikan aplikasi TikTok bukanlah satu aplikasi yang kurang bermanfaat seperti yang disangkakan. Baca lebih lanjut mengenainya di pautan di bawah.
Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu
Sudah Sebati Dengan Loghat ‘Ganu’, TikTok Wanita Cina Ini Buat Netizen Teruja
Suntingan Video ‘Wipe It Challenge’ Tok Ti Berterabur, Netizen Tampil Salahkan Cermin