Semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita mencari barangan kemas miliknya di Depoh Environment Idaman (E-Idaman).

Difahamkan, barangan kemas yang disimpan dalam sebuah kotak itu dibuang secara tidak sengaja oleh keluarga itu kelmarin. Menyedari hal itu, wanita itu dan keluarganya dikatakan mencari hingga ke tapak pelupusan sampah di Kulim sebelum mendapat maklumat sampah-sampah masih berada di Depoh E-Idaman.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Nasib baik dapat balik..sempat pulak makcik ni kejar sebelum diorang masuk tempat pelupusan…

Posted by Abang Just Sebarkan on Tuesday, September 7, 2021

Lalu, wanita tersebut pun berkunjung ke Depoh E-Idaman dan atas budi bicara pekerja syarikat berkenaan, mereka bersetuju membantu mencari barangan kemas itu yang mengambil masa kira-kira setengah jam.

Maka, pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) menurunkan sampah daripada sebuah lori syarikat itu sebelum menyelongkarnya bagi mengesan beg berisi barangan kemas itu.

Selepas beberapa ketika, wanita itu berjaya menemui semula barangan berharga itu dalam timbunan plastik yang dikeluarkan daripada lori terbabit. Jelas terpapar wajah gembira wanita itu sebaik menemui barangan berkenaan sambil berulang kali berterima kasih kepada petugas pembersihan yang membantunya.

Wanita terbabit juga menzahirkan rasa syukur dan mahu membalas bantuan yang diberikan oleh para pekerja tersebut kerana sudi membantunya mencari barangan kemas miliknya yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang menjadi bualan netizen pada pautan di bawah ini.

Dakwa Konsep Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Netizen Simpati Lihat Pemuda Ini Menangis

Naik Range Rover Di Padang Pasir Untuk Muzik Video, ‘Jihad’ Caprice Cetus Pertikaian Netizen

Alasan Filem Persilatan ‘Syahadan’ Ditolak Untuk Tayangan Di Stesen TV Berbayar Jadi Bualan Netizen

Anda Mungkin Suka