Jika ke luar negara, bukanlah mudah untuk mencari makanan yang halal kerana majoriti penduduk di sesebuah negara bukanlah beragama Islam. Oleh itu, perlulah berhati-hati ketika memilih makanan.

Terbaharu, Norreen telah berkongsi di Instagram miliknya memaparkan insiden yang tidak diingini berlaku kepadanya setibanya di London. Menerusi perkongsiannya, Norreen telah menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, sandwich tersebut disangkanya sandwich biasa dan tidak tahu ia mengandungi ‘pork belly’. Hal tersebut disedarinya selepas melihat label kandungan sandwich itu tetapi sudah menjamahnya sedikit.

Lantaran itu, Norreen berasa terkejut dan telah membuang sandwich tersebut. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menasihati Norreen agar berhati-hati sebelum membeli makanan di luar negara.

Menjawab persoalan Norreen yang bimbang sudah termakan daging khinzir, netizen mengatakan tidak mengapa kerana dia tidak tahu makanan tersebut mengandungi khinzir.

Tidak hanya itu, ada juga netizen berseloroh bertanya bagaimana rasanya dan mendatangkan rasa kurang senang kepada Norreen. Malah, Norreen dilihat bersama Janna Nick dan Andi Bernadee ke London untuk tujuan pengambaran.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Loji Kumbahan Pun Glow Up’- Netizen Pelik Lokasi Busuk Tapi Cantik Di Kedah Ini Jadi Tumpuan Ramai

Berjaya Bida Harta Sajat Bernilai RM132,000, Pembida Dipercayai ‘Ghaib’ Ke Luar Negara

Wartawan Muslim Kongsi Pengalaman Ketika Dijemput Makan Daging ‘Babi Halal’