Baru-baru ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik satu klip video memaparkan pergaduhan antara dirinya membabitkan pasangan selebriti Yana Samsudin dan Fadzil Fariz.

Kelihatan keadaan kelam kabut manakala Yana seperti berusaha menenangkan suaminya yang sedang marah kepada Aliff.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Aliff kelihatan berang dan bertindak meninggikan suara meminta pasangan selebriti berkenaan mengganti sesuatu yang didakwa perhiasan mewah yang rosak di kediamannya.

Memetik Harian Metro, difahamkan kejadian berlaku selepas Aliff berang dengan Yana yang didakwa memecahkan sebuah pasu hiasan berharga hampir RM400,000 yang dibeli melalui jualan lelong di China.

Manakala dalam hantaran Instagram penerbit penerbit satu program raya terbitan stesen swasta, Alif Farhan menyatakan kejadian itu berlaku di rumah Aliff pada dua minggu lalu.

“Saya bertindak selaku penerbit rancangan yang akan disiarkan pada hari raya nanti.

“Rumah Datuk Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan.

“Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambaran sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff.” katanya yang masih mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu itu.

Sumber Gambar: IG Story @aliffarhan_jr

Difahamkan proses penggambaran tersebut masih belum selesai dan tertangguh disebabkan permasalahan yang timbul.

Beliau terpaksa berdiam diri daripada mengulas lebih lanjut tentang hal ini untuk elakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan.

Pada hari Isnin nanti Alif dan peguamnya akan membuat satu sidang media online untuk menjelaskan video yang sedang tular ketika ini.

Hasil bacaan pandangan netizen di ruangan komen, rata-rata menganggap video tersebut cumalah satu lagi gimik ‘lapuk’ untuk mempromosikan ‘sesuatu’ tidak lama lagi.