Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi tanahair, Allahyarhamah Siti Sarah yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Terbaharu, seorang YouTuber Aisar Khaleed telah memuat naik video di YouTube miliknya dimana dia ke tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah dikebumikan.

Hal itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengatakan dirinya tidak sensitif akan perasaan keluarga Allahyarhamah Siti Sarah serta mendakwa Aisar Khaleed hanya mencari perhatian.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa Aisar Khaleed inginkan publisiti tanpa berfikir baik buruk tindakannya itu. Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah akan apa yang dilakukan oleh Aisar Khaleed.

Rata-rata netizen turut menyeru orang ramai untuk menyekat dan membuat aduan saluran YouTube Aisar Khaleed agar dia tidak akan lagi menghasilkan konten tidak bermanfaat seperti itu.

Menerima kecaman daripada netizen, Aisar Khaleed telah memadamkan video itu di YouTube miliknya dan telah meminta maaf. Tambahnya, dia tidak berfikiran jauh ketika memuat naik video itu.

Sementara itu, kami kongsikan berita berkaitan Allahyarhamah Siti Sarah pada pautan di bawah ini.

Dua Bulan Sebelum Meninggal Dunia, Nadir Al-Nuri Dedah Amalan Yang Dilakukan Siti Sarah

Anda Mungkin Suka