Belanjawan 2020 telah dibentangkan semalam dan terdapat banyak perkhabaran gembira serta insentif yang bakal diperkenalkan kerajaan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila Christy Ng, seorang usahawan tampil tidak bersetuju dengan usaha kerajaan untuk menaikkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Menurut beliau, jika memberikan cuti selama 3 bulan kepada pekerja wanita adalah terlalu lama dan boleh menyebabkan masalah kepada majikan. Malah, akan menjadi masalah kepada majikan untuk mencari pengganti.

Berikutan pandangan Christy, rata-rata netizen tidak bersetuju dan mengecam beliau. Malah, ada juga yang menzahirkan kekecewaan mereka dengan pandangan beliau.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju dengan usaha kerajaan memberikan 90 hari cuti bersalin atau sebaliknya?

Dalam Belanjawan 2020, belia yang berjaya mendapat pekerjaan, anda bakal mendapan insentif sebanyak RM500. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Insentif #MalaysiaKerja Diperkenalkan Tawar Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan RM30 Dalam ‘E-Wallet’

Anda Mungkin Suka