Isu kesesakan lalu lintas yang luar biasa di sekitar Lembah Klang ketika waktu puncak telah menjadi perhatian ramai pihak. Ramai orang merungut terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan ini.

Mengulas isu tersebut, menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, “Pengangkutan awam seperti tren komuter antara pengangkutan yang jika digunakan secara maksimum mampu membantu mengurangkan kesesakan jalan-jalan di Lembah Klang.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sikap pengguna yang enggan menggunakan pengangkutan awam itu turut memberi kesan kepada rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh,” ujar Mohd. Rani Hisham Samsudin.

Kenyataan yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama mereka yang selalu menggunakan pengangkutan awam.

Rata-rata pengguna pengangkutan awam tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif itu dan mendakwa bahawa ramai orang menggunakan pengangkutan awam serta tren sentiasa penuh ketika waktu puncak.

https://twitter.com/azfrrr/status/1531580162793680896

Akan tetapi, apa yang menghampakan para pengguna adalah perkhidmatan yang diberikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sendiri dimana masa menunggu sangat lama dan sering berlaku gangguan tidak berjadual pada waktu puncak sehingga menyebabkan perjalanan pengguna terganggu.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa jika hujan atau berlakunya banjir, operasi akan tergendala dan para pengguna perlu mencari alternatif lain. Malah, kekerapan tren juga kurang dan menyebabkan pengguna perlu menunggu lama jika tertinggal tren.

Menurut Rani, rungutan mengenai ketibaan komuter di setiap stesen yang mengambil masa lama, ia hanya boleh diselesaikan dalam masa lima tahun akan datang mengikut fasa yang sudah dirancang.

“Frekuensi akan ditambah baik dan dijangka bakal mencapai tujuh minit setiap satu tren yang datang ke stesen berbanding sekarang sekitar 30 ke 45 minit untuk ketibaan sebuah tren,” katanya.

Ketika ini, perkhidmatan pengangkutan awam komuter yang menggunakan enam set koc di Lembah Klang mampu memuatkan sejumlah 856 penumpang termasuk yang duduk dan berdiri.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan faktor untuk naikkan mutu pengangkutan awam di Malaysia pada pautan di bawah.

5 Faktor Yang Perlu Diambil Berat Untuk Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam Di Malaysia

MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa, Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam

Bas Ekspres Mewah Lengkap ‘Smoking Room’ Didakwa Langgar Undang-Undang Pengangkutan Awam