John McAfee, pengasas antivirus McAfee yang juga merupakan usahawan teknologi di Amerika Syarikat meninggal dunia. Dia dipercayai membunuh diri di penjara Barcelona semalam setelah mahkamah tinggi Sepanyol membuat keputusan untuk mengekstradisi McAfee ke AS atas tuduhan mengelak cukai, lapor Reuters.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Javier Villalba, McAfee yang sudah sembilan bulan berada di penjara dipercayai mati dengan menggantung dirinya. Pada perbicaraan yang berjalan Mei lalu, McAfee yang sudah berusia 75 tahun menyatakan bahawa dia akan menghabiskan usianya di penjara jika disabitkan kesalahan di AS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

McAfee yang didakwa di Tennessee atas tuduhan mengelak cukai dan kes penipuan cryptocurrency di New York sudah menghabiskan bertahun-tahun lari dari pihak berkuasa AS. Dia juga banyak menghabiskan masa tinggal di atas kapal layar mewah. Dia kemudiannya ditahan pada 3 Oktober 2020 di lapangan terbang Barcelona ketika mahu menaiki penerbangan ke Istanbul dengan pasport Britain, kata polis Sepanyol.

Sepanjang kerjayanya, McAfee telah bekerja untuk NASA, Xerox, dan Lockheed Martin sebelum melancarkan anti-virus komersial pertama di dunia pada tahun 1987. Dia kemudiannya menjual syarikat antivirus itu kepada Intel (INTC.O) pada tahun 2011 dan kini ia masih digunakan oleh kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia.

Pada tahun 2019, McAfee memberi alasan bahawa dia tidak membayar cukai pendapatan kepada kerajaan AS selama lapan tahun disebabkan ideologi. Pada tahun yang sama juga, dia meninggalkan AS untuk elak daripada ditahan oleh pihak berkuasa.

McAfee dipercayai mempunyai 47 orang anak dan pernah menetap di beberapa negara. Dia sebenarnya masih mempunyai peluang untuk bebas daripada tuduhan tersebut, tetapi kehidupan di penjara yang tertekan telah menyebabkan dia memilih untuk membunuh diri, kata peguamnya.

Rugi main saham, lelaki di China bunuh diri terjun ke dalam tangki berisi besi cair. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rugi Main Saham, Lelaki Di China Bunuh Diri Terjun Ke Dalam Tangki Berisi Besi Cair

Sumber