Semalam, secara mengejut YB Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan. Keputusan tersebut menjadikan beliau sebagai antara menteri yang memegang portfolio ini dalam tempoh yang tersingkat.

Berikutan itu, rata-rata netizen terkejut dengan pengumuman itu dan menimbulkan pelbagai reaksi serta spekulasi dalam kalangan netizen. Malah, ada yang tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh YB Maszlee Malik.

Lantaran itu, satu petisyen untuk mengekalkan YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan telah dilancarkan semalam. Hasil tinjauan kami, sebanyak 282,194 orang telah sign petisyen ini.

Screenshot 2020-01-03 at 10.02.04 AM

Walaupun beliau berkhidmat dalam masa yang singkat, tetapi pelbagai inisiatif yang telah beliau laksanakan untuk membantu menaikkan kualiti pendidikan negara. Jika anda turut tidak bersetuju dengan peletakan jawatan beliau dan ingin beliau kembali memegang jawatan tersebut, anda boleh sign petisyen itu di sini.

Anda terlepas berita peletakan jawatan YB Maszlee Malik? Klik pautan di bawah untuk baca berita tersebut.

YB Maszlee Malik Sahkan Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Bagaimana YB Maszlee Dapat Dana RM1 Bilion Untuk Baik Pulih Sekolah Daif Di Sarawak

KPM Perkenalkan Program Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula 2020