Sejak semalam heboh dilaporkan di media sosial mengenai personaliti Boy Iman yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Ia susulan kegagalannya membayar tuntutan hutang berjumlah lebih RM60,000 berkait pembinaan rumah oleh syarikatnya DBI Technology kepada seorang individu tahun lalu.

Boy bagaimanapun dalam satu laporan Malaysiakini pada hari ini mendakwa dia tidak mengetahui tentang tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Malah dia hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media dan hanya mampu tergelak bila membaca mengenainya.

pix-boy-681×550

“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama.

“Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya.

Tuntutan RM60,000 itu dibuat seorang individu yang menyertai program pembinaan rumah milik syarikat Boy atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman yang dikenali sebagai DBI Homes sebelum ini.

Menurut peguam, walaupun individu tersebut telah membuat pembayaran penuh namun projek itu di penghujungnya tidak menjadi.

Menyedari dirinya ditipu selepas dijanjikan rumah tersebut bakal siap selepas enam bulan, individu tersebut akhirnya mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy memulangkan kembali wang miliknya.

“Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa ‘scam’,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Isu penipuan pembinaan rumah dan hartanah bukanlah satu perkara yang baru. Baca perkongsian daripada lelaki ini bagaimana untuk mengambil tindakan jika anda menjadi mangsa penipuan ini di pautan di bawah.

Elakkan ‘Claim’ Di Media Sosial, Ini Langkah Yang Perlu Diambil Jika Ditipu Kontraktor

Bayaran Penuh Dibuat Tetapi Rumah Terbengkalai, Netizen Bongkar ‘Scam’ Syarikat Milik Artis Veteran

 

Sumber