Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah drama yang mengetengahkan genre gay dibarisi oleh pelakon-pelakon tempatan. Lebih mengejutkan, drama itu juga ditayangkan di aplikasi temu janji kaum sejenis.

Isu tersebut telah menjadi bualan netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana drama itu lulus dihasilkan. Malah, pelakon drama itu iaitu Danish Iskandar telah menerima kritikan hebat netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Danish dalam satu kenyataan di Twitter miliknya menegaskan bahawa tidak tahu tentang babak yang kurang ‘menyenangkan’ itu dalam drama Stay Away From Me. Menurutnya, dalam kontrak tidak diberitahu bahawa drama itu mempromosikan aplikasi gay dan tiada babak seperti itu.

Malah, Danish baru tahu drama itu sebenarnya promosikan aplikasi gay. Ketika dalam penggambaran, dirinya tidak tahu dan hanya mengetahui perkara itu selepas drama itu disiarkan.

Oleh itu, ibu bapanya akan mengambil tindakan undang-undang berkenaan apa yang berlaku kepadanya. Danish juga meminta maaf dan berjanji akan berhati-hati kelak.

Menurut laporan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Malah, Idris Ahmad iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan hal ini bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia. Malah, jabatan agama negeri akan diminta memanggil pelakon tersebut untuk kepastian.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Keluarga Gucci Berang, Dakwa Filem ‘House Of Gucci’ Satu Penghinaan

‘Diserang’ Kaum Bajau Laut Di Pulau Tatangan, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Cemas

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup