Israel mengkritik supermodel Bella Hadid kerana turut serta dalam aksi mengutuk kekejaman Zionist terhadap Palestin di Brooklyn, Amerika Syarikat. Kritikan itu disampaikan oleh Israel pada hari Ahad melalui akaun Twitter yang dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri Israel.

“Ketika selebriti seperti @BellaHadid mencadangkan untuk membuang orang Yahudi ke laut, mereka menganjurkan untuk menghapuskan Negara Yahudi,” tulis Israel di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ini tidak seharusnya menjadi masalah Israel-Palestin. Ini semestinya menjadi masalah manusia. Tidak tahu malu,” tambah Israel.

Di dalam ciapan tersebut, turut dimuat naik adalah tangkap layar aksi Bella Hadid yang menyertai himpunan aman mengutuk kekejaman Zionist. Dalam aksi tersebut, Bella Hadid mengenakan pakaian tradisional, Keffiyeh, dan memakai topeng menutup bahagian mulut dan hidung.

Melalui laporan Page Six dari New York Post, difahamkan bahawa Bella Hadid mempunyai darah Palestin dari sebelah ayahnya Mohamed Hadid. Dia pernah memberitahu media bahawa keluarganya diusir dari Palestin pada tahun 1948.

Setelah diusir, keluarganya menjadi pelarian dan berpindah randah. Bermula ke Syria, Lubnan dan kemudiannya ke Tunisia.

https://www.instagram.com/p/CO5xUKDtSeO/

“Anda tidak mampu untuk tidak sensitif melihat kehidupan manusia dirampas. Anda tidak boleh. Kehidupan Palestin adalah kehidupan yang akan membantu mengubah dunia. Dan ia diambil dari kami dalam beberapa saat. #FreePalestine,” katanya.

“Saya sayang keluarga saya, saya suka warisan saya, saya suka Palestin. Saya akan tetap teguh untuk mengekalkan harapan mereka untuk tanah yang lebih baik di hati saya.

“Dunia yang lebih baik untuk orang-orang kita dan orang-orang di sekitar mereka. Mereka tidak akan dapat menghapus sejarah kita. Sejarah adalah sejarah!” tulis Bella Hadid di Instagram.

Kumpulan Rage Against The Machine dikecam peminat kerana sokong Palestin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Sumber