Lebih setahun pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, pastinya orang ramai cukup tahu dengan SOP untuk memakai pelitup muka serta perlu mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.

Dalam pada itu, agak ironi buat seorang pegawai bank di Georgetown, Pulau Pinang yang mendakwa beliau tidak mengetahui kewajiban memuat turun aplikasi berkenaan dalam telefon pintar. Berikutan kegagalan mengimbas kod MySejahtera, beliau telah dikenakan kompaun RM1,500.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1008040
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong. Sumber: The Star

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kesalahan itu dikesan ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja di pusat bandar bermula 12 tengah hari tadi.

Beliau juga kesal masih terdapat masyarakat yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam membendung wabak yang sudah menyerang lebih setahun ini.

Selain itu, dimaklumkan sebanyak tujuh kompauan telah dikeluarkan di daerah Timur Laut melibatkan institusi kewangan serta pejabat swasta setakat 2 Jun lalu.

Tular pada minggu ini apabila Hafizh Syahrin meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas gagal membawa isteri beliau ke Eropah bagi menyertai perlumbaan.

Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kecewa Terhadap Imigresen Malaysia

Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan

Sumber