Kes penggubahan wang haram yang melibatkan sindiket Macau Scam menjadi perhatian rakyat Malaysia ketika ini. Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta supaya beberapa individu termasuk artis tampil untuk membantu siasatan.

Menerusi laporan, meskipun SPRM telah meminta individu yang pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk membantu siasatan tetapi sehingga kini masih belum ada berani berbuat demikian.

Lantaran tiada yang hadir secara sukarela, maka pihak SPRM akan memanggil seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita bagi membantu siasatan dalam masa terdekat. Difahamkan, pelakon lelaki dan pengacara wanita ini pernah muncul dalam beberapa drama popular tanah air.

Malah, pelakon lelaki tersebut turut bergiat aktif dalam bidang pengacaraan. Kedua-dua artis tersebut juga merupakan usahawan dan nama mereka turut dikenali ramai kerana masing-masing mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di media sosial.

Sementara itu, kami kongsikan artikel yang berkaitan dengan kes ini pada pautan di bawah.

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri

Kena Tempias Isu ‘Cuci Duit’, Sharnaaz Ahmad Tegur Netizen Yang Seru Boikot Perniagaan Bubble Bee

Sumber